seismik

PKPD Pentadbiran Di 28 Mukim Kota Setar Mulai Tengah Malam Ini Sehingga 25 September

Kemasukan melalui pintu masuk antarabangsa di Bukit Kayu Hitam, Kedah turut dihentikan.

Cover image via The Star & Astro Awani

Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara Pentadbiran di 28 mukim di daerah Kota Setar, Kedah

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo!

Menurut laporan, ia akan dikuatkuasakan mulai 12.01 tengah malam ini sehingga 25 September.

Pengumuman itu dibuat Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Katanya, kemasukan melalui pintu masuk antarabangsa di Bukit Kayu Hitam, Kedah turut dihentikan sehingga tamat PKPD pentabiran ini.

Sementara itu, masjid dan semua institusi pendidikan diarah tutup manakala aktiviti sukan, sosial dan budaya dilarang dan feri dari jeti Kuala Kedah juga tidak dibenarkan beroperasi

Gambar sekadar hiasan.

Image via Astro Awani

Dalam perkembangan lain, menurut Ismail Sabri, PKPD di Aman Jaya akan dilanjutkan selama 3 hari lagi sehingga 13 September 2020 kerana saringan belum selesai.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: