seismik

KKMM Bercadang Kenakan Caj Perkhidmatan 20 Hingga 40 Sen Bagi Pembelian Dalam Talian

Pembelian di bawah RM200 tidak akan dikenakan caj berkenaan.

Cover image via Malaysia Kini

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bercadang mengenakan caj perkhidmatan 20 sen bagi pembelian di bawah RM1,000 melalui platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Menurut laporan, Timbalan Menteri KKMM, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, perkara itu sebagai langkah supaya dapat menambah kewangan atau mengumpul dana khas bagi membantu golongan B40 termasuk menambah baik pembangunan komunikasi di luar bandar.

"Perkara ini sedang dalam mesyuarat dan perancangan untuk kita bentangkan kepada kerajaan supaya dapat mencari sumber lain yang tidak membebankan rakyat dan dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

"Maka, bayaran tambahan ini seakan caj perkhidmatan yang akan dikenakan dan sekiranya pembelian itu lebih RM1,000 maka caj tambahan dikenakan adalah 40 sen," katanya.

Bagaimanapun, pembelian di bawah RM200 tidak akan dikenakan caj berkenaan manakala tambahan setiap 20 sen perlu dibayar pengguna bagi gandaan RM1,000 berikutnya

Timbalan Menteri KKMM, Datuk Zahidi Zainul Abidin

Image via Bernama

“Contohnya pembelian RM1,000 dikenakan 20 sen, atau 0.02 peratus.

“Jadi kita dapatlah gunakan wang itu untuk keselamatan (siber). Sebab kosnya pun mahal,” katanya.

Tambahnya lagi, caj perkhidmatan yang dikutip itu akan digunakan untuk penambahbaikan sistem keselamatan komunikasi untuk mengelak scammer dan pencerobohan siber.

"Ini bukan GST (cukai barang dan perkhidmatan) kerana sekarang ini, banyak pembelian atas talian tidak membayar cukai sekali gus menyebabkan kerugian dan ketirisan hasil kerajaan.

"Untuk mengenakan cukai ia rumit dan perlu diluluskan oleh parlimen menyebabkan kita perlu memperkenalkan caj perkhidmatan ini," ujarnya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: