seismik

#PrayForMRT2: Luahan Perasaan Pekerja MMC-Gamuda Selepas Berita Penamatan Kontrak

"20,000 individu ini telah bekerja siang dan malam, 24 jam sehari dan 7 hari seminggu, sepenuh hati demi Malaysia."

Cover image via Fadhil Hamizan / Facebook

7 Oktober lalu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan penamatan kontrak bagi MMC-Gamuda dalam kerja bawah tanah projek MRT2

Image via juiceonline.com

Lim Guan Eng menyatakan bahawa kerajaan bertegas untuk memperoleh nilai yang lebih baik bagi perbelanjaan awam, terutama apabila membabitkan pinjaman dengan jumlah yang besar.

MRT2 yang dirancang untuk menghubungkan Putrajaya ke Sungai Buloh pada mulanya dianggarkan bernilai RM28 bilion, tetapi bajet pembinaannya meningkat kepada RM56.93 bilion.

Berikutan penamatan kontrak tersebut, Gamuda berkata, ia akan mengakibatkan kehilangan kerja kepada lebih 20,000 tenaga kerja

Lebih mengejutkan, MMC-Gamuda tidak menerima sebarang pemberitahuan rasmi berhubung penamatan kontrak tersebut. Hal ini juga akan menjejaskan lebih dari 600 syarikat dari rantaian sokongan yang terbabit.

Daripada 20,000 itu, lebih daripada 3,000 adalah kakitangan usaha sama MMC Gamuda dan lebih daripada 60 peratus adalah Bumiputera.

Ini akan menyebabkan kesulitan yang tidak perlu kepada sejumlah besar tenaga kerja Malaysia dalam pasaran yang sudah pun lembap.

Beberapa pekerja MMC-Gamuda yang terkesan dengan berita ini menyuarakan keluhan mereka di media sosial:

1. Fadhil Hamizan

"Mendengar berita penamatan kontrak, bingung seketika. Seakan tidak percaya bakal kehilangan punca pencarian dan apa yang telah dikerjakan selama ini bakal diambil alih oleh pihak lain.

"Terlalu banyak kenangan kami bersama sepanjang pembinaan terowong MRT2. Tidak mudah untuk melupakan dan meninggalkan segala yang kami kerjakan. Siang malam memberi sepenuh keringat dan tenaga demi memastikan kelancaran projek ini," tulis Fadhil.

Status penuh klik di bawah:

2. Hafizi Asmuni

"Tiada perkataan yang cukup untuk menggambarkan perasaan saya dan 20,000 individu lain yang turut sama terlibat secara langsung dengan projek MRT2 pakej 'underground' yang dikhabarkan akan ditender semula kepada syarikat luar negara.

"Tidak pernah sekali terlintas di fikiran yang kami akan kehilangan punca pendapatan seperti ini. Sebagai seorang bumiputera, melayu, yang sebelum ini berbangga mencurahkan tenaga, kuderat, dan jasa dalam membangunkan negara sejak projek MRT1 6 tahun lalu, tiada lagi yang dapat dibanggakan apabila satu-satunya mata pencarian hilang dek kerana penamatan kontrak MGKT ini.," tulis Hafizi.

Status penuh klik di bawah:

3. Shafiqa Aquilah

"Berita paling mengecewakan yang pernah kami terima, dalam cara yang paling mengejutkan.

"Tiada yang masuk akal bagi saya. Bagaimana menukar tender boleh mendapat 'lebih banyak penjimatan'? Bagaimana demobilisasi dan menggerakkan kontraktor baru ke tapak pembinaan yang sedang berjalan itu 'menjimatkan kos'? Kerja bawah tanah MRT2 kini telah mencapai 40% siap, dengan baki kerja berjumlah RM9.6 bilion (daripada jumlah kos yang diagihkan sebanyak RM15.47 bilion).

"20,000 individu ini telah bekerja siang dan malam, 24 jam sehari dan 7 hari seminggu, sepenuh hati bagi membina saluran pengangkutan besar-besaran ini untuk Malaysia dan rakyat Malaysia. Sungguh menyedihkan untuk melihat semua ini dibazirkan dan ia benar-benar suatu penghinaan," tulis Shafiqa.

Status penuh klik di bawah:

Setelah menerima tohmahan orang ramai, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan mengkaji semula keputusannya

Dr Mahathir berkata kerajaan akan melihat semula keputusannya menawarkan tender terbuka antarabangsa bagi kerja-kerja bawah tanah MRT 2 kerana sebarang kerja penstrukturan akan memberi kesan ke atas kira-kira 20,000 pekerja.

“Kita sedang mengkaji dan menyemak semula perkara ini dengan teliti. Ia akan dibincangkan,” kata Perdana Menteri.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dalam berita lain, kerajaan mungkin perkenalkan cukai baru mulai tahun depan:

Baca juga:

You may be interested in: