Tun M: Kerajaan Cadang Perkenal Cukai Baharu Untuk Usaha Membayar Hutang Negara

"Ia merupakan cukai yang berbeza, tetapi akan mengurangkan beban rakyat," kata Tun Mahathir.

Usaha kerajaan baharu kini ditingkatkan dengan cadangan untuk memperkenalkan cukai baharu bagi menjana hasil negara dalam usaha membayar kembali hutang negara yang tinggi

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, "Kerajaan juga mempertimbangkan untuk melepaskan aset negara seperti tanah bagi mengurangkan beban untuk membayar hutang yang telah ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

"Ianya adalah cukai yang berbeza tetapi akan mengurangkan beban rakyat. Inilah tujuannya, untuk bayar hutang kerajaan."

Tun Mahathir juga menjelaskan bahawa kerajaan perlu melepaskan aset untuk tujuan mendapatkan dana bagi menyelesaikan krisis hutang negara dengan mencari akses baharu.

Image via Google

"Ada cadangan supaya kerajaan melepaskan aset seperti tanah dan menjualnya kepada pelabur tempatan. Hasil daripada pembangunan itu, ia akan disalurkan kembali kepada kerajaan," tambahnya.

"Malaysia mampu untuk bangkit kembali daripada krisis kewangan ketika ini yang hampir sama pernah dihadapi pada tahun 1997/1998," kata Tun Mahathir

Situasi yang dihadapi pada kedua-dua tahun tersebut agak sama dengan situasi yang dihadapi oleh negara pada ketika ini. Apabila mata wang rendah, ekonomi juga akan menjadi lebih perlahan.

Menurut laporan, Tun Mahathir turut menyuarakan bahawa beliau sangat yakin negara Malaysia mampu untuk mengatasi krisis ini kerana pernah menempuhi situasi seperti ini dan berjaya mengatasinya.

Tun Mahathir juga mahu forum yang diadakan mampu untuk menyumbang idea kepada pembetukan dasar kerajaan. Sekali gus, Malaysia kembali menjadi Harimau Asia yang digeruni di rantau ini.

Ketika lawatan Tun Mahathir Ke Amerika Syarikat dan United Kingdom, mereka telah berjaya menarik minat pelabur di sana untuk ke Malaysia

Ketika lawatan Tun Mahathir ke London, United Kingdom.

Image via Utusan Online

Keyakinan Tun Mahathir juga semakin tinggi dan beliau percaya bahawa masa itu akan tiba. Perkara itu juga akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara serta merapatkan jurang hutang negara.

Selain itu, beliau juga turut menyuarakan rasa kecewa terhadap pentadbiran kerajaan sebelum ini kerana kerajaan baharu perlu melakukan kerja untuk menyelesaikan masalah yang ditinggalkan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment