seismik

Kementerian Kesihatan Sahkan 61 Kes Keracunan Makanan Berpunca Daripada Laksa Di 1 Gerai

14 daripada kes terbabit dilaporkan di Kedah, tujuh di Perak dan 21 kes di Selangor.

Cover image via Google

Baru-baru ini telah viral tentang kes keracunan selepas memakan laksa yang dibeli di sebuah gerai di Kupang, Baling, Kedah

Pemilik gerai laksa tersebut, Daud Ismail.

Image via China Press

Namun begitu, pemilik gerai berkenaan iaitu Daud Ismail, 51, telah menyuarakan kekesalan terhadap tuduhan melulu yang diberikan ke atas perniagaannya tanpa usul periksa. Dia juga mengatakan telah menjual laksa sejak tahun 2003 dan tidak pernah tercemar sebelum ini.

Menurut laporan, dia juga mengatakan, "Jika beracun, saya dan keluarga dulu yang akan mati malah kami berniaga sudah 15 tahun, cuma baru tiga tahun buka gerai depan rumah.

“Apa pun kami akan rasa dulu laksa sebelum dijual, sama ada masin, tawar atau sebaliknya.”

Image via Kosmo

Dia juga mengatakan tiada bahan tambahan dimasukkan ke dalam laksanya selama ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan terdapat 19 kes keracunan makanan dengan 2 orang mangsa meninggal dunia selepas memakan laksa tersebut

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, daripada jumlah itu, sembilan kes dan dua kematian itu telah dilaporkan berlaku di Perak. Manakala, 10 kes keracunan makanan lagi berlaku di Kedah.

Menurut laporan, KKM juga telah mendapati pada 6 Oktober yang lalu, Hospital Gerik telah menerima laporan mengenai dua kes keracunan makanan diikuti dengan satu kematian.

Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail.

Image via Berita Harian

Tambahnya, siasatan lanjut mendapati tujuh lagi kes yang membabitkan satu keluarga yang tinggal di rumah yang sama diserang gejala demam, cirit-birit dan muntah selepas memakan laksa pada 4 Oktober yang lalu.

Dr Norhizan juga berkata ada lagi 10 kes keracunan makanan berkaitan dengan laksa yang dibeli di gerai itu turut dilaporkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Baling dan juga menerima rawatan di Hospital Baling.

“Beberapa sampel klinikal, sampel makanan dan persekitaran sudah diambil untuk ujian makmal serta sedang menunggu keputusan.

“Orang ramai diminta tidak bimbang kerana kes itu adalah terkawal dan mereka disarankan sentiasa mengamalkan keselamatan makanan dengan memilih premis makanan yang bersih,” katanya.

[TERBARU] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini mengesahkan pertambahan sebanyak 42 kes keracunan makanan disyaki berpunca daripada laksa yang dibeli di gerai tersebut

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 14 daripada kes terbabit dilaporkan di Kedah, tujuh di Perak dan 21 kes di Selangor.

Menurut hasil siasatan, mereka mendapati bahawa pesakit terbabit telah memakan laksa yang dibeli di gerai yang sama sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes buat masa ini adalah sebanyak 61 kes.

Menurut laporan, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah telah menjalankan pemeriksaan yang terperinci terhadap premis terbabit. Pihak mereka juga mendapati ramuan laksa yang dijual tiada kaitan dengan 'Iceberg Lettuce'.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Image via theSundaily

“Kita masih menunggu keputusan daripada sampel makanan yang sudah dihantar ke makmal untuk analisa. Selain itu, sampel najis daripada dua kes keracunan makanan di Baling adalah positif Salmonella spp,” katanya.

Beliau juga menasihati supaya makanan yang dibeli mesti dimakan tidak lebih daripada empat jam selepas penyediaannya dan harus disimpan dalam suhu yang sesuai serta dipanaskan dengan suhu yang mencukupi untuk mengelakkan keracunan makanan.

“Mereka juga perlu memilih premis makanan yang bersih serta mengamalkan konsep lihat, hidu dan rasa sebelum makan untuk mengelakkan memakan makanan basi.

“Amalkan kebersihan diri dan membasuh tangan sebelum makan dan selepas menggunakan tandas,” katanya.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan dengan kadar yang segera jika mengalami gejala keracunan makanan

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in:

Leave a comment