seismik

Siapa Sangka Produk Hebat Dari HUAWEI Ini Mampu Tingkatkan Produktiviti Bekerja Anda!

Mudahkan kerja anda dengan teknologi terkini dari HUAWEI.

Cover image via Huawei Malaysia

Urusan kerja kita setiap hari tidak hanya bergantung pada laptop saja. Bahkan, ia boleh diuruskan dari smartphone, smartwatch dan pelbagai lagi device berteknologi tinggi yang mampu mewujudkan ekosistem terbaik bagi mudahkan urusan seharian.

Kalau korang nak mudahkan kerja dan rasai keseronokan sebenar menggunakan device berteknologi tinggi, jom cuba rangkaian produk Smartlife dari HUAWEI yang menyenangkan urusan harian. Ekosistem yang dibina HUAWEI merangkumi Matebook 13, Mate 30 Pro, Freebuds 3 dan Watch GT 2 memberi idea untuk korang bekerja secara ‘pintar’.

Siri HUAWEI Mate 30, smartphone paling pintar

Image via Huawei Malaysia

Siri HUAWEI Mate 30 yang dilengkapi cip Kirin 990 bukan saja cekap malah dilengkapi pelbagai ciri hebat. Misalnya, korang boleh laraskan volume dengan hanya double tap bahagian tepi skrin. Senangnya nak dengar lagu lepas ni! Selain itu, teknologi pengecaman wajah 2.0 yang telah dikemaskini mempercepatkan lagi proses korang unlock smartphone.

Malah, sistem isyarat AI juga telah ditambah pada sistem operasi EMUI 10 bagi membolehkan korang scroll phone tanpa perlu menyentuhnya (sangat mudah kalau korang nak main phone masa tengah makan guna tangan). Korang juga tak perlu risau masalah smartphone panas, sebab Mate 30 Pro dilengkapi teknologi penyejukan filem graphene.

Selesaikan tugas lebih pantas dengan Matebook 13

Image via Huawei Malaysia

Bekerja dengan komputer sememangnya memerlukan storan dan sistem pemprosesan yang cekap untuk menampung urusan kita setiap hari. Justeru, Matebook 13 yang ringan dan dilengkapi sistem pemprosesan generasi terkini amat sesuai untuk menyelesaikan beberapa kerja dalam satu masa.

Buat korang yang memerlukan tahap prestasi tingggi untuk sesebuah laptop, Matebook 13 mampu mengendalikan grafik berintegrasi untuk memproses gambar dan mengedit video 4 kali lebih pantas berbanding laptop biasa. Justeru, ini menjadikannya lebih lancar dan dipercayai di kalangan pengguna.

Transfer dan connect hanya dengan satu sentuhan

Image via Huawei Malaysia

Bayangkan korang kena pindahkan ratusan gambar dan video dari smartphone ke laptop dalam masa yang singkat. Tak gila kalau guna laptop yang lembab? Dengan Matebook 13 dan Mate 30 Pro, korang boleh transfer pelbagai data dengan pantas, terima kasih kepada teknologi NFC.

Untuk pengetahuan, Siri Mate 30 juga merupakan smartphone HUAWEI pertama yang menawarkan kolaborasi multi-screen, mirroring dari smartphone ke laptop hanya dengan sau sentuhan. Ini membolehkan korang mengawal phone dan laptop dalam satu masa dengan tetikus serta papan kekunci.

Berkomunikasi lebih pantas dan jelas dengan Freebuds 3

Image via Huawei Malaysia

Kalau kerja korang memerlukan korang untuk sentiasa call orang, jadi korang memang perlukan headset Bluetooth yang bagus. Ciri active cancellation noise dan echo pada Freebuds 3 membolehkan korang menjawab panggilan dengan pantas, tanpa gangguan dan dengar suara pemanggil dengan jelas macam diorang ada kat sebelah korang!

Image via Huawei Malaysia

Bukan saja ia boleh adapt speaker korang terhadap suasana sekeliling, malah Freebuds 3 mampu mengimbangkan audio untuk kedua-dua belah telinga dengan adanya teknologi transmisi dual-channel synchronous. Malah, earbuds pada Freebuds 3 sangat pantas mengecam percakapan bagi mengakses Smart Assistant dan fungsi hands-free.

Jawab panggilan dari jam pintar WATCH GT 2

Image via Huawei Malaysia

Tak cukup dengan itu, HUAWEI turut memperkenalkan WATCH GT 2 yang mempunyai ketahanan bateri cukup lama, reka bentuk eksklusif lagi elegan dan sangat membantu ketika korang menyelesaikan urusan seharian.

Ini kerana, ia disertakan disertakan speaker dan microphone yang kalis air untuk memudahkan korang menjawab panggilan ketika sibuk ke sana sini. Katakanlah korang tergesa-gesa nak ke meeting dan ada panggilan masuk, korang boleh jawab panggilan tu dari WATCH GT 2 je tau! Mudahnya!

Image via Huawei Malaysia
  • Siri Mate 30 (RRP: Dari RM2,700)
  • Matebook 13 (RRP: Dari RM3,599)
  • Watch GT 2 (RRP: Dari RM799)
  • HUAWEI X GENTLE MONSTER (RM1,599)
  • Freebuds 3 (RM679)
  • WiFi Q2 Pro (RM499)

Klik SINI kalau nak beli okay!

Tunggu apa lagi? Jom ke HUAWEI berdekatan dan dapatkan kesemua produk HUAWEI untuk memudahkan urusan kerja harian korang! Layari laman Facebook HUAWEI untuk maklumat lanjut.

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

You may be interested in:

Leave a comment