[30 GAMBAR] Macam Tak Percaya Lihat Kampus Terbaru Huawei Ini. Sangat Indah Bak Kayangan!
Sekali pandang memang tak sangka ini sebenarnya kampus Huawei yang terletak di Dongguan, China.
Pasti ramai yang tidak menyangka kampus penyelidikan dan pembangunan terbaru Huawei kelihatan sebegini rupa:
Terletak di Tasik Songshan di Dongguan, China, ibu pejabat syarikat teknologi gergasi dunia, Huawei yang diberi nama Ox Horn ini sememangnya sangat memukau mata memandang
Setiap sudut kampus diberi sentuhan yang begitu elegan bertemakan perkampungan Eropah dan bangunan pra-sejarah terkenal merangkumi istana, mercu tanda dan sebagainya.
Jurugambar Getty, Kevin Frayer diberi akses istimewa untuk melawat kampus ini dan melihat sendiri budaya kerja yang dipraktikkan oleh para pekerja Huawei.
Huawei adalah syarikat pengeluar peralatan telekomunikasi terbesar di dunia dengan pusat penyelidikan dan pembangunan di lebih 12 negara
Kampus penyelidikan dan pembangunan terbaru mereka, Ox Horn yang berukuran 3.5 kilometer persegi ini dibahagikan kepada 12 'bandar' berasingan dengan nama-nama seperti Paris, Verona, Granada, Bruges, Oxford, dan lain-lain.
Setakat ini, lapan daripada 12 bandar telah siap dibangunkan ketika artikel ini ditulis.
Kampus Ox Horn direka untuk menampung 25,000 pekerja dalam satu masa
Setiap bandar boleh menampung kira-kira 2,000 pekerja yang bermaksud seluruh kampus boleh menempatkan di antara 24,000 hingga 25,000 pekerja apabila siap dibina nanti.
Satu sistem tram elektrik turut dibina khas di dalam kampus ini bagi memudahkan urusan para pekerja untuk bergerak dan berhenti di setiap bandar
Sistem tram ini mengambil inspirasi dari Switzerland dan mempunyai trek sepanjang 7.8 kilometer yang mengelilingi seluruh kawasan kampus.
Kos pembinaan kampus Ox Horn ini dilapor mencecah 10 bilion Yuan, iaitu kira-kira RM6 bilion
Menurut Huawei, kampus Ox Horn bertujuan untuk membina persekitaran yang santai bagi memberi inspirasi kepada para pekerja mereka.
Mereka percaya bahawa pendekatan ini akan menyumbang kepada perkembangan kreativiti pekerja, yang sangat penting untuk pusat penyelidikan.
Kampus Ox Horn direka dengan begitu teliti. Di samping pejabat, terdapat juga pelbagai pusat rekreasi, serta pelbagai kedai dan kafe. Semua ini dibina supaya pekerja yang tinggal dan bekerja di sana tidak berasa terasing dari kehidupan bandar.