seismik

7 Produk 'Best-Seller' Di SASA Ini Akan Tingkatkan Keyakinan Diri Anda. Memang Terbaik!

Murah & senang untuk dijumpai. Mudahlah kerja anda lepas ini. :D

Cover image via Farah Adibah Lee

Produk kecantikan kulit wajah yang mana menjadi pilihan kaum wanita biasanya?

Pemilihan produk kecantikan kulit wajah kini banyak ditawarkan di mana-mana drug store atau farmasi berdekatan. Tak perlu susah-susah untuk ke gedung membeli-belah. Singgah sahaja di mana-mana farmasi, boleh dapatkan segala jenis produk yang dicari.

Ahh, mudahnya kerja. Jimat sikit masa bukan?

Image via Solo Media

Tapi persoalannya, di manakah lokasi yang betul untuk 'diserbu' tu?

Jawapannya adalah SASA! Tak tahu nak beli apa di sana? Tidak mengapa, di bawah kami senaraikan 7 produk kecantikan best-seller di SASA yang sudah pun dicuba oleh team kami. Memang A+!

1. theBalm TIMEBALM Concealer

Kalau anda inginkan makeup lebih sempurna dan kemas, sebaiknya anda perlu ada concealer yang best. Fungsi utama concealer adalah untuk menutupi kesan hitam di bawah mata, conceal parut jerawat, dan boleh juga conceal selepas melukis kening.

Tapi tak semua concealer boleh menjanjikan full coverage ya! Kena pandai pilih.

Image via ohbulan.com

Produk theBalm TIMEBALM Full Coverage Concealer For Dark Circles & Spots ini memang terbaik kami jumpa di SASA. Concealer ini agak istimewa berbanding concealer yang lain sebab ia mempunyai fungsi anti-wrinkle dan mengandungi vitamin A, C, E dan Panthenol. 

Memang betul-betul full coverage sebab segala dark circles, bekas parut gelap dan bintik-bintik hitam tu semua dapat tutup. Terus flawless!

Image via SASA

Paling best, concealer ini protect akan melindungi kulit wajah daripada terdedah kepada persekitaran yang kurang sihat sekaligus mengelakkan kulit muka cepat nampak kusam, keletihan dan kekeringan. Tekstur produk pun lembut dan tak melekit. 

Kalau anda tengah cari concealer yang sesuai untuk kegunaan harian, memang disarankan untuk cuba sendiri produk ni. 

Tengoklah hasilnya!

2. COSMETEA Milk Tea EE Cream Foundation Pact

COSMETEA Milk Tea EE Cream Foundation Pact ini sebenarnya sangat popular dalam kalangan selebriti dan artis di Asia. Kami pun suka sebab cushion foundation bukan sahaja berfungsi sebagai concealer tapi ia juga bertindak sebagai sunscreen dengan SPF50+ PA+++ sekaligus mampu menghalang daripada bahaya sinaran UV.

Image via SASA

Produk seperti ini memang menjadi kegilaan ramai. Mana tidaknya, zaman sekarang ni sunscreen sudah menjadi satu keperluan. Bila ada foundation macam ini senang lah sikit. Lengkap semua dalam satu. 

Tambahan pula, walaupun foundation ini cuma ada satu pilihan warna sahaja tetapi warnanya sangat sesuai dipadankan dengan tona kulit Asia. Untuk muka yang tak berapa cerah pun nampak ngam je bila pakai.

Image via SASA

Selain itu, COSMETEA Milk Tea EE Cream Foundation Pact ini juga diperkaya dengan Hyaluronic Acid, serbuk mutiara serta diamond, dan juga diformulasi khas dengan granule essence untuk mengekalkan kelembapan kulit yang berpanjangan. 

Paling best sekaliianya datang bersama Cosmetea transparent silicon puff. Lagi mudah untuk apply foundation guna silicon puff tu. Kami sudah cuba dan foundation memang jadi lebih sekata dan sempurna serta merta di permukaan kulit wajah.

3. PUPA Make Up Stories Palette

Kami paling excited dengan palette dari PUPA Make Up Stories Hot Flame. Pilihan warna dia memang terbaik! Gabungan warna copper dan amber yang menyengat dan tona mustard keemasan membuatkan pilihan warna makeup menjadi lebih luar biasa!

Image via SASA

Paling awesome, pigments produk ni. Calit sikit je dah lekat banyak. Confirm solekan mata akan tampak lebih sempurna dengan liputan warna yang maksimum. Tekstur produk ini pulak memang padat, ringan dan berkrim. Memang dijamin solekan mata akan lebih tahan lama dengan produk ini.

Gabungan resins, wax dan minyak juga memastikan solekan lekat sempurna pada kelopak mata. Jadi tak adalah sekejap je make up dah comot. Tapi memang produk ini merupakan antara eyeshadow palette terbaik yang anda boleh beli dan dapatkan di SASA. Colour dia sangat pigmented and easy to blend

Highly recommended!

4. SASATINNIE Ultra Define Eyebrow (#02 Terra Brown)

Produk terbaik made in Korea ini pula menjanjikan solekan kening yang lebih halus dan terperinci. Sasatinnie Ultra Define Eyebrow dengan kod warna #02 menjanjikan kombinasi penekanan warna lembut pada kening. 

Bagi kami, produk ini sangat mudah untuk digunakan. Senang untuk dikawal bila nak membentuk kening tu. Smooth je!

Image via SASA

Hasil lukisan kening pun akan nampak lebih licin, sekata dan jelas. Warnanya pun nampak natural dan rapi. Pendek kata, kening langsung tak nampak macam dilukis. Dan paling penting, mata penselnya tak mudah patah. Ngam sangatlah dengan anda yang sejenis kasar tu. Hehe.

5. ANAS Ultra Madness Super Volume Mascara

Dikenali sebagai maskara ‘super volume‘, Anas Ultra Madness Super Volume Mascara ini pula boleh dikategorikan sebagai pakar dalam menambah keindahan pada mata kerana ia mampu memanjangkan, melentikkan dan melebatkan setiap helai bulu mata bagi menghasilkan bulu mata tampak lebih tebal dan cantik.

Image via SASA

Maskara yang tampak begitu ekslusif ini sangat senang digunakan dengan rekaan ‘bristles‘ panjang yang mampu meliputi setiap helai bulu mata dalam menghasilkan kelebatan maksima dengan hanya satu kali sapuan.

Caranya, anda hanya perlu sapu 1 ke 2 lapisan pada bulu mata bermula daripada akar ke hujung dengan pergerakan zig-zag. Hasilnya memang cun melentik macam mata Che Ta gituu!

6. GOSH Strobe ‘n Glow Blush

Dalam banyak-banyak pilihan jenama highlighter, kami berkenan dengan jenama GOSH Strobe ‘n Glow Blush ni. Pilihan kod 002 untuk highlighter ini hadir dengan empat gabungan warna serba glamor iaitu warna holografik putih merah jambu, dua warna shiny coral dan satu lagi warna matte merah jambu tua.

Image via SASA

Tekstur GOSH Strobe ‘n Glow Blush ini lembut dan berkrim. So, senang sangat untuk anda guna dan disesuaikan dengan tona kulit. Bila apply dekat kulit memang rasa ringan je! Anda juga boleh gunakannya sebagai blusher dan eyeshadow. Nak senang travel boleh bawak ni je!

7. COLOR COMBOS Velvet Mirror Lipstick (01)

Apa yang kami suka gincu Color Combos separa matte ni mengandungi octanediol dan vitamin E sebagai sumber antioksidan. So, takdelah bibir jadi kering bila pakai lipstick. Ia juga tak berminyak atau melekit. Teksturnya yang separa matte akan buat bibir lebih lembut dan berkilau.

Image via Giphy

Warna pun lawa. Tapi apa yang buatkannya lebih istimewa adalah produk ini senang untuk dibawa ke mana-mana sebab ia dilengkapi dengan cermin solekan yang kecil comel untuk memudahkan anda touch up lipstick. Macam faham-faham je kan!

Mana nak cari semua produk-produk di atas? Jom ke SASA!

Macam yang kami bagitahu awal-awal tadi. Kesemua 7 produk solekan yang super awesome ini boleh anda beli di SASA. Masuk je satu outlet, semua barang boleh dapat. Paling penting kena study betul-betul dulu lah. Kalau tak mesti anda akan meluangkan masa berjam-jam dalam SASA sebab dah rambang mata.

Memang puas hati kalau masuk SASA, tak perlu susah hati sebab dah tentu produk originalGirls, say no to counterfeit cosmetics product ya! Sayangilah wajah jelita anda. Jangan sebab nak jimat, muka habis rosak sebab fake make up. Bab harga jangan risau, sekarang ni SASA tengah ada promosi sempena Beauty Around The World Campaign!

Image via SASA

Dan satu lagi berita gembira, anda juga berpeluang nikmati diskaun sebanyak 50% untuk item kedua bagi beberapa jenama terpilih. Baik serbu cepat, nanti dah terlepas jangan menyesal pulak ya.

Image via SASA

Untuk lebih banyak update tentang promosi, diskaun dan produk terbaru, jangan lupa layari laman web SASA hari ini juga!

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Pernah tengok solekan menawan yang hasil tangan Syed Dewa? ;)