[VIDEO] Syed Dewa Dedah Tips Make-Up Sesuai Buat Pengantin Yang Pakai Busana Tradisional
Dah boleh book Syed Dewa untuk jadi MUA untuk kahwin nanti kot. Lawa weh!
Bila sebut je nama Syed Dewa, siapa je yang tak kenal bukan?
Seorang jurusolek terkenal tanah air kini menjadi buah mulut rata-rata netizen memuji solekannya yang begitu cantik, simple dan minimalis.
Bukan setakat itu sahaja, Syed Dewa juga telah memperkenalkan koleksi alat soleknya yang tersendiri dan ianya diberi nama 'SYEDEWACOSTEMICS'
Di bawah merupakan antara selebriti tanah air yang pernah menggunakan servis Syed Dewa.
Make-up yang begitu minimalis namun tampak anggun dan cantik.
Apa yang lebih menarik, buat para wanita yang bertudung pula, Syed Dewa akan menggunakan sarung tangan ketika melakukan solekan untuk mereka
Tindakannya itu dipuji oleh ramai netizen.
Lihat video di bawah:
Cantiknya!
Tak perlu make-up yang tebal pun sebenarnya. Yang penting pemilihan tona foundation dan lipstick yang sesuai dengan warna kulit seseorang.
Baru-baru ini, Syed Dewa telah mendedahkan tips make-up yang sesuai untuk mereka yang ingin menggayakan busana tradisional di hari perkahwinan
Jom lihat sendiri jenis solekan sesuai yang disyorkan oleh Syed Dewa di bawah:
Kalau busana yang dipilih penuh dengan manik dan aksesori, solekan yang dikenakan juga harus sesuai dengan baju
Cara lukis kening paling penting ya. Tak terlalu over dan pastikan sesuai dengan wajah.
Solekan bahagian mata juga memainkan peranan untuk anda yang memakai busana tradisional
Akhir sekali, pemilihan tona lipstick yang betul untuk memastikan ianya sesuai dengan baju dan aksesori yang dipakai
Hasilnya....
Memang puas hati. Dalam gambar pun nampak cantik sangat!
Jom mula kumpul duit untuk book Syed Dewa? Hehe, baru boleh tampak cantik dan anggun di hari perkahwinan nanti!