PUMA Southeast Asia Lancar Koleksi McLaren Mastercard F1, Gabung Seni Batik & Sukan Motor
Koleksi ini diperagakan oleh barisan pelumba utama pasukan McLaren F1, Oscar Piastri dan Lando Norris.
Cover image via PUMAFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Syarikat barangan sukan terkemuka, PUMA Southeast Asia, merancakkan lagi kehangatan minggu perlumbaan Grand Prix Singapura menerusi pelancaran rasmi Koleksi Replikasi Pasukan McLaren Mastercard Formula 1 khas buat para peminat sukan permotoran di rantau ini

Koleksi eksklusif ini direka khas dengan mengambil inspirasi daripada limpahan cahaya dan tenaga perlumbaan malam ikonik Singapura, di samping menerapkan sentuhan warna biru tersendiri serta garisan warisan budaya Asia Tenggara.
Reka bentuk koleksi ini mengetengahkan gabungan kebudayaan serantau berteraskan seni bina Sino-Portugis dan pengaruh Art Deco, yang diolah semula menerusi motif kraf tradisional seperti batik Malaysia, batik Indonesia, tenunan Mudmee Thailand, brokets Vietnam, tenunan tradisional Filipina, serta corak jubin Peranakan.

Koleksi Replikasi PUMA x McLaren Mastercard F1 Team dijual pada harga bermula RM199
Koleksi ini diperagakan oleh barisan pelumba utama pasukan McLaren F1, Lando Norris dan Oscar Piastri, yang menampilkan variasi pakaian gaya hidup sukan merangkumi baju Replica Polo, Replica Tee, serta topi Baseball Cap.
Gabungan elemen budaya tempatan dengan siluet jersi moden ini membolehkan para peminat menunjukkan sokongan padu kepada pasukan sama ada ketika berada di litar perlumbaan mahupun sebagai gaya harian.
Ditawarkan pada harga bermula RM199, Koleksi Replikasi PUMA x McLaren Mastercard F1 Team kini boleh didapati secara rasmi bermula 5 Oktober 2026 menerusi laman web rasmi PUMA.com serta cawangan fizikal PUMA terpilih di seluruh Malaysia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


