seismik

Berpura-pura Terjumpa Bayi Dalam Longkang, Pelajar IPT Akhirnya Mengakui Dia Buang Anak

Zalimnya si ibu sehingga sanggup buat macam ni.

Cover image via Facebook

Tindakan seorang wanita yang mengatakan bahawa dia terjumpa dengan seorang bayi di dalam longkang mengundang kemusykilan pihak polis

Menurut laporan Sinar Harian, seorang wanita berusia 20 tahun yang juga merupakan seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi telah ditahan oleh pihak polis berikutan penemuan mayat bayi lelaki di dalam longkang berhampiran Klinik Desa Bukit Sagu, Kuantan.

Berdasarkan kenyataan daripada Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh, suspek dikatakan datang ke Pondok Polis Bukit Goh dengan membawa mayat bayi yang masih bertali pusat yang diletakkan di dalam plastik berwarna biru serta dibungkus dengan surat khabar.

“Wanita itu pada awalnya mendakwa menemukan mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan itu di dalam longkang dan telah membawanya ke pondok polis atas nasihat orang ramai," menurutnya lagi.

Setelah diasak dengan pelbagai soalan, akhirnya wanita berkenaan mengakui bahawa bayi tersebut adalah anaknya sendiri

Image via Facebook

Pengakuan itu dibuat oleh pelajar wanita tersebut selepas pihak polis menjalankan siasatan terhadapnya.

“Bagaimanapun setelah diasak dengan beberapa soalan beberapa kali, wanita berkenaan akhirnya mengaku bayi itu miliknya dan dilahirkan beberapa jam sebelum itu di rumah teman lelakinya di sebuah kuarters kerajaan berhampiran kawasan itu,” kata ACP Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi semalam.

Berikutan itu, polis turut menahan teman lelaki wanita berkenaan berusia 27 tahun yang merupakan kakitangan sebuah jabatan kerajaan negeri

Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Menurut ACP Abdul Aziz lagi, siasatan awal polis mendapati punca kematian bayi berkenaan adalah akibat kelahiran pramatang

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi kisah tragis bayi yang dibuang di SINI:

You may be interested in: