x

seismik

Raih Keuntungan RM10,000 Dalam Masa Hanya 2 Minggu, Ini Rupanya 'Rahsia' Pengasas Tudung

Hebat!

Cover image via @bawalz.my (Instagram)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Membuka sesuatu perniagaan bukanlah perkara yang mudah, ditambah pula dengan keadaan ekonomi sekarang

Oleh itu, jika menjalankan perniagaan yang perlu bersaing dengan ramai peniaga, semestinya perlu hadir dengan taktik berbeza untuk menarik minat pelanggan agar produk kita lebih dikenali.

Sebelum ini, REV Ad Manager telah diperkenalkan untuk membantu usahawan tempatan memasarkan perniagaan mereka dengan rangkaian yang luas agar lebih dikenali.

REV Ad Manager tingkatkan kesedaran dan prestasi Bawalz.my

Memilih untuk menjalankan perniagaan tudung, Puan Norsalsabila Zawawi yang merupakan pengasas Bawalz.my telah mula memasarkan jualan tudung kepada rakan sekerja wanitanya sekitar tahun 2017, diikuti dengan pembukaan akaun Instagram (IG) bagi mempromosikan perniagaannya.

Sebelum ini, pemilik Bawalz.my, sebuah kedai atas talian dan juga kedai fizikal yang berasal dari Kelantan yang menjual tudung bawal sulam buatan tangan mengalami cabaran yang sama untuk kekal relevan dalam pasaran.

Image via Bawalz.my

Walaupun hanya menjalankan operasi perniagaan dari rumahnya di Kelantan, beliau aktif menggunakan media sosialnya untuk mensasarkan pelanggan IG di sekitar Selangor, Johor dan Seremban.

Dengan kaedah meningkatkan penggunaan iklan di IG, Puan Norsalsabila berjaya meningkatkan jualan sehingga memperoleh sekitar RM5,000 ke RM7,000 sebulan.

Namun, selepas diperkenalkan dengan REV Ad Manager (RAM), satu penyelesaian unik dalam memperkasakan jenama dan agensi untuk menyasar audiens berdasarkan wawasan strategik tabiat pengguna, Puan Norsalsabila memutuskan untuk menjalankan kempen pengiklanan selama 2 minggu bersama RAM.

Peroleh RM10,000 dalam masa hanya 2 minggu saja

Melalui dua jenis pendekatan pengiklanan – kesedaran dan prestasi – Bawalz.my telah melabur RM2,000 yang menghasilkan keputusan 0.28% CTR (click-through rate) daripada MREC dan peningkatan sehingga 4.46% CTR untuk Mobile Sticky Bottom.

Kempen yang berlangsung selama 2 minggu itu telah memberi impak kepada pendapatan Bawalz.my yang sebelum ini hanya memperoleh sekitar RM5,000 hingga RM7,000 sebulan. Mereka telah berjaya memperoleh RM10,000 dalam masa 2 minggu sahaja selepas menggunakan RAM.

Platform layan diri ini merupakan usahasama di antara REV Media Group, penerbit digital terkemuka Malaysia juga merupakan cabang digital Media Prima Berhad dan Dattel Asia Group yang memberikan anda akses kepada 39 aset media dan 15.8 juta pengguna unik untuk jenama anda.

Antara kelebihan yang bakal usahawan nikmati apabila menggunakan RAM:

1. Anda tidak membeli saluran, anda beli RANGKAIAN penonton.
2. Tidak perlu pilih saluran, RAM CADANG & BERI KHIDMAT
3. Penyasaran audiens yang strategik dengan Model Pengguna AI.

Memperkenalkan jenama produk kini tidak lagi perlu menjadi suatu hal yang merumitkan dan tidak memerlukan bajet yang tinggi. Dengan 5 langkah mudah ini, usahawan tidak perlu bimbang lagi.

1. Cipta kempen
2. Cipta audiens
3. Cipta reka bentuk
4. Bayar dan terbitkan iklan
5. Laporan prestasi

RAM bertujuan untuk memperkasakan PKS tempatan dan membolehkan mereka mencapai lebih ramai audiens sasaran.

Image via Rev Media

Hubungi REV Ad Manager sekarang supaya anda juga boleh menjalankan kempen yang berkesan lebih daripada media sosial. Tarik perhatian pelanggan anda di laman web premium tempatan Malaysia dan sokong ekosistem tempatan. Klik di sini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik: