seismik

"Mudah & Memang Berkesan" - Rev Ad Manager Buka Peluang Untuk Bantu PKS Promosi Perniagaan

Lebih banyak peluang lagi dengan Crowdfactor X!

Cover image via Umbi Kids & Crowdfactor X

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan, pemilik perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sudah pasti mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan dalam perniagaan

Bukan mudah bagi pihak PKS untuk menghasilkan produk yang dikenali ramai. Jenama sesebuah PKS juga perlu mengambil masa yang lama untuk mendapat perhatian masyarakat. Oleh sebab itu, PKS menggunakan medium seperti media sosial untuk memasarkan produk mereka kerana kosnya jauh lebih rendah. 

Namun, dalam proses melakukan strategi pemasaran sudah tentu pemilik PKS menghadapi pelbagai cabaran betul tak? Kini, anda tidak perlu risau lagi kerana dengan bantuan Rev Ad Manager (RAM), anda akan dapat memasarkan produk anda kepada audiens supaya jenama dan produk lebih dikenali. 

Image via REV Ad Manager

RAM merupakan platform kerjasama pihak Rev Media Group yang bertujuan untuk memperkasakan lagi PKS tempatan dalam industri perniagaan di Malaysia

Tahukah anda, RAM merupakan kerjasama antara REV Media Group dan Dattel Asia Group yang akan memberikan akses kepada 39 aset media dan 15.8 juta pengguna unik untuk jenama anda. Wah, banyak bukan!

Bukan setakat itu, banyak PKS telah pun mencuba RAM dalam rancangan Crowdfactor X? Ia merupakan sebuah rancangan realiti crowdfunding dalam talian pertama di dunia. Dalam rancangan tersebut, setiap PKS akan dapat mempelajari cara yang lebih berkesan dan kos efektif untuk memasarkan kandungan mereka. 

Kesannya, sebanyak 15.8 juta rakyat Malaysia akan mengetahui jenama anda setiap bulan. Impressive bukan?

Image via Crowdfactor X

Menurut Pengarah Crowdfactor X, Ernie Chen, pihaknya berjaya menjana sejumlah 54,000 penonton untuk kandungan Crowdfactor X selepas beriklan dengan RAM.

Crowdfactor X hanya membelanjakan RM4,000 untuk mencapai objektif kempen mereka dan sudah terbukti pelbagai peluang tercipta daripada kejayaan rancangan itu. Kalau anda nak tahu, satu kempen hanya dikenakan sebanyak RM1,000 minimum.

“Kita juga berjaya menarik lebih ramai penaja untuk menaja siri yang akan datang. Menyiarkan iklan dengan RAM pastinya alat iklan pemasaran paling kos efektif yang akan mencipta hasil jualan segera!” kata Ernie Chen.

Bukan setakat itu, Umbi Kids juga telah menjana lebih banyak jualan menjelang Hari Raya Aidilfitri dengan menggunakan RAM

Dengan bermodalkan RM2000 sahaja, Umbi Kids telah melancarkan kempen tunggal jenis iklan prestasi. Hasilnya, Umbi Kids menunjukkan peningkatan sehingga 3.53% dalam CTR (kadar klik) iaitu melebihi paras yang ditetapkan.

"RAM membuka peluang kepada PKS sepertinya dalam mencapai lebih ramai audiens", kata Pengarah Pemasaran Umbi Kids, Heng Yeow Tang.

Image via Umbi Kids

Kini, orang ramai boleh membina jenama terkemuka dari penerbit digital terkemuka Malaysia dengan rangkaian pengedaran yang mencapai lebih 15 juta orang setiap bulan. Tunggu apa lagi? Jom guna RAM!

Kepada PKS yang ingin menjalankan kempen pemasaran yang berkesan, anda boleh layari laman sesawang REV Ad Manager di sini!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik