seismik

Rakyat Lancar Petisyen Mahu Kelonggaran PKP Dibatalkan, Kini Raih Hampir 500K Tandatangan

Apa pandangan anda?

Cover image via change.org

Pada 1 Mei 2020 lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang membenarkan hampir semua perniagaan beroperasi sepenuhnya pada 4 Mei ini

Image via FMT

Dalam satu perutusan khas yang dibuat olehnya itu, beliau memaklumkan bahawa kesan PKP yang dijalankan sejak 18 Mac lalu turut dirasai kerajaan, apabila negara mengalami kerugian sekitar RM2.4 bilion setiap hari sepanjang tempoh PKP dilaksanakan, dan jumlah kerugian setakat ini dianggarkan sekitar RM63 bilion. 

Katanya, jika PKP berterusan untuk tempoh sebulan lagi, Malaysia dilaporkan akan mengalami kerugian RM35 bilion lagi menjadikan jumlah keseluruhan kerugian RM98 bilion.

Pengumuman terbaru yang dibuat oleh Muhyiddin itu telah mendatangkan reaksi yang berbeza dalam kalangan rakyat

Image via Harian Metro

Di ruangan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram, ramai dalam kalangan rakyat  dilihat kurang setuju dengan perkara itu kerana khuatir penularan wabak Covid-19 akan semakin teruk.

Tetapi tidak kurang, ada juga segelintir rakyat yang memberikan pandangan berbeza dan menganggap langkah terbaru kerajaan itu sebagai suatu perkara yang positif kerana dapat membantu golongan terjejas.

Bagaimanapun tahukah anda bahawa ketika ini terdapat petisyen yang dibuat oleh rakyat untuk menuntut agar PKPB ini dibatalkan?

Image via change.org

Menerusi laman web change.org, satu petisyen telah dibuat oleh 'Rakyat Malaysia Prihatin' yang mahu kerajaan meneruskan PKP seperti sebelum ini.

Berikut merupakan isi kandungan dalam petisyen tersebut:

  1. Kami merayu kerajaan Malaysia teruskan PKP dan batalkan PKP bersyarat segera.
  2. Kami tidak mahu kesilapan negara lain yang beri kelonggaran/batalkan PKP berulang di Malaysia.
  3. Kami tidak mahu barisan hadapan kami keletihan lagi.
  4. Kami tidak mahu kerajaan tunduk pada golongan kapitalis yang mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan soal kesihatan dan kebajikan pekerja.
  5. Kami masih boleh teruskan PKP demi masa depan negara kami.
Ketika artikel ini ditulis, petisyen tersebut telah meraih hampir 500 ribu tandatangan bagi menyatakan tanda sokongan terhadap perkara itu.

Setiap tindakan serta keputusan yang dibuat ada buruk dan baiknya. Sebagai rakyat Malaysia, kita teruslah mendoakan yang terbaik buat negara kita.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkaitan di sini:

You may be interested in: