Rakyat Malaysia Kini Boleh Beli Diesel Bersubsidi RM2.10 Seliter Bermula Julai 2026
Untuk individu bukan warganegara pula perlu membayar harga pasaran bagi diesel.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bermula Julai, rakyat Malaysia boleh membeli diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter di seluruh negara
Dalam satu kenyataan semalam, 21 Jun, Kementerian Kewangan memaklumkan penetapan harga baharu akan dilaksanakan melalui mekanisme berasaskan MyKad, sama seperti sistem subsidi RON95 di bawah program BUDI95.
"Seperti yang diumumkan oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, di Bintulu, Sarawak hari ini, Kerajaan MADANI akan menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat Malaysia kepada RM2.10 seliter mulai Julai 2026.
"Penurunan harga ini akan dilaksanakan menerusi pembaharuan penyasaran subsidi diesel yang seragam di seluruh negara menggunakan mekanisme berasaskan MyKad, selaras dengan pendekatan yang telah dilaksanakan melalui BUDI MADĄNI RON95 (BUDI95).
"Melalui pembaharuan ini, rakyat Malaysia akan menikmati harga yang sama dan cara yang sama di seluruh negara," menurut kenyataan itu.

Di bawah sistem ini, diesel bersubsidi hanya akan tersedia untuk rakyat Malaysia melalui pengesahan MyKad
Bukan warganegara dan mereka yang tidak layak perlu membayar harga pasaran untuk mendapatkan diesel.
Kementerian itu berkata penggunaan MyKad adalah penting untuk memastikan subsidi kerajaan hanya dinikmati oleh rakyat Malaysia, di samping membantu membendung kebocoran dan penyeludupan bahan api bersubsidi keluar dari negara.
Pada masa ini, diesel tanpa subsidi berharga RM4.37 seliter di Semenanjung Malaysia, manakala diesel di Sabah dan Sarawak dijual pada harga RM2.15 seliter.
Dengan subsidi yang disasarkan, harga diesel di Sabah dan Sarawak akan diseragamkan dengan harga di Semenanjung Malaysia, membolehkan rakyat Malaysia di seluruh negara menikmati kadar subsidi yang sama.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via