Rakyat Malaysia Masih Miliki 3 IC Ini Perlu Ganti MyKad Dalam Tempoh 3 Tahun – JPN
Keutamaan pembaharuan akan diberikan kepada pemegang kad pengenalan (IC) ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Keutamaan untuk pembaharuan MyKad akan diberikan kepada rakyat Malaysia yang sudah menempah juga pemegang tiga jenis kad pengenalan (IC) lama
Dalam satu kenyataan minggu lalu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menggesa orang ramai supaya tidak tergesa-gesa untuk memohon pembaharuan MyKad, kerana MyKad sedia ada masih sah untuk semua urusan rasmi, termasuk penebusan subsidi dan menerima bantuan kerajaan.
Pelancaran ini akan dilaksanakan secara berperingkat di ibu pejabat JPN di Putrajaya dan 18 pejabat JPN terpilih melalui sistem temu janji, sebelum diperluaskan ke seluruh negara secara progresif.
"Pendekatan ini diambil untuk memastikan pelaksanaan berjalan lancar, teratur, dan untuk mengelakkan kesesakan di kaunter JPN," menurut kenyataan itu.
Pemegang Kad Pengenalan yang telah lapuk ini akan diutamakan untuk pembaharuan dan dikehendaki melengkapkan proses tersebut dalam tempoh tiga tahun akan datang:
- Kad Pengenalan Plastik (KPP)
- Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT)
- MyKad Versi 1


Gambar sekadar hiasan.
Image via ErisGoesToJPN berkata MyKad baharu itu bertujuan memperkukuh sistem identiti negara melalui penggunaan teknologi dan ciri keselamatan yang dipertingkatkan
Ketua Pengarah JPN, Datuk Badrul Hisham Alias berkata MyKad generasi baharu akan menampilkan 53 elemen keselamatan, berbanding 23 dalam versi semasa.
Antara penambahbaikan tersebut ialah kod QR untuk tujuan pengesahan dan penguatkuasaan, hologram, mikroteks, ciri keselamatan ultraungu, ukiran laser dan cip dengan tahap penyulitan yang lebih tinggi, lapor Bernama.
Peningkatan ini dijangka akan meningkatkan pengesahan identiti sambil mengurangkan risiko pemalsuan dan penyalahgunaan dokumen pengenalan diri.
Tarikh pelancaran rasmi MyKad baharu akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelak.
JPN menambah bahawa bahagian soalan lazim (FAQ) terperinci mengenai pelancaran ini akan disiarkan melalui portal rasmi JPN dan saluran media sosial rasminya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via