Ramai Bakal Jemaah 'Sangkut' Masa Check Up - "Automatik Gagal & Tak Layak Tunai Haji"
Difahamkan jika berlaku sedemikian, automatik permohonan gagal dan tidak layak untuk tunaikan haji.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook berkongsi pengalamannya mengendalikan bakal jemaah haji yang datang untuk membuat pemeriksaan kesihatan
Menurut Irfan Tajol, majoriti jemaah yang datang adalah berusia lingkungan 60 hingga 70-an yang telah menunggu panggilan haji sejak berbelas tahun dahulu.
Walau bagaimanapun, ramai yang dikira gagal dan tidak layan untuk menunaikan haji kerana mempunyai pelbagai penyakit kronik.
"Tak jumpa doktor untuk rawatan dah bertahun-tahun. Bila tanya sebab apa? Antaranya, takut side effects ubat hospital, try cara kampung, percaya cakap orang, testimoni supplement dan lain-lain.
"Datang dengan penyakit kronik yang tak terkawal, nak kena hantar borang Tabung Haji esok lusa, hari ni baru nak buat medical check up.
"So, pesakit-pesakit ni memang terus GAGAL dan tidak layak untuk tunaikan haji. Memang tak la nak bagi semua terkawal dalam masa 2-3 hari," katanya.
Ekoran itu, ada yang menangis dan menyumpah seranah doktor-doktor sebab menzalimi orang nak tunaikan haji
Menurut lelaki itu lagi, ada jemaah yang tidak layak menunaikan haji berang dan menangis kerana permohonan mereka gagal disebabkan isu kesihatan.
"Siap ada yang cakap 'mana lah makcik tahu tahun ni nak gi haji, kalau tak makcik jaga kesihatan dari awakl'.
"Begitu lah nasi sudah menjadi bubur. Haji ni bukan sekadar ibadat melibatkan rohani, tapi fizikal. Kalau tak fit, belum layak untuk haji.
"Sebab itu lah haji bagi mereka yang berkemampuan, mampu dari segala sudut. Sihat bukan untuk haji sahaja tapi untuk sepanjang masa kerana hidup kita ini adalah ibadah hinggalah maut menjemput kita," katanya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!