seismik

Ramai Baru Tahu Cara Yang Sebenar ‘Iron’ Kain Dengan Betul Lepas Lihat Video Lelaki Ini

Kalau kain korang kedut juga maksudnya memang salah teknik.

Cover image via @amir6917 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seterika menjadi benda utama dalam memastikana pakaian kita kelihatan kemas dan rapi

Malah, di pasaran sekarang banyak jenis seterika kita boleh lihat daripada yang murah sehinggalah yang mahal.

Tetapi, kalau beli mahal-mahal cara gosok pun masih berkedut tak guna juga. Sebenarnya ada beberapa perkara anda perlu tahu.

Seperti video di TikTok yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang menunjukkan teknik betul.

Tunjuk cara betul seterika pakaian

Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki tersebut yang merupakan seorang tenaga pengajar di situ berkongsi cara yang betul menggosok pakaian.

Menurutnya, cara menggosok yang betul adalah dengan menekan sedikit seterika pada pakaian dan mula menggosoknya dengan perlahan-lahan.

Dengan cara ini ia membantu mempercepatkan proses untuk melicinkan fabrik. Oleh itu, cara pengunaan wap perlulah betul, cara yang salah boleh menyebabkan seterika rosak dan fabrik tidak menjadi licin.

Lihat video itu di bawah:

@amir6917

Geram betul cikgu bila suruh peserta gosok baju/fabrik ala kadar je hasilnya. Nak gosok pakaian ni perlu rilek, tak perlu pun terburu-buru, tak perlu tekan kuat-kuat, tak perlu beria-beria benoorr. Apa yang oenting waktu menekan pakaian tu, kita feel fabrik tu. Kita layan jee.. Tekan slow-slow bagi masa pada fabrik tu untuk kena haba yang betul supaya lebih licin.

original sound - AMIR NANO

Nak gosok pakaian pun ada teknik yang betul tau sebenarnya :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: