[VIDEO] Ramai Sangka Hasil AI, Babak Inspirasi ‘Ghibli’ Iklan GSC Ini Adalah Animasi Sebenar

Memang hasil animator tempatan!

Enlarge text
Cover ImageCover image via GSC (YouTube)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika anda pernah ke GSC untuk menonton filem sudah pasti anda pernah nampak iklan ini

Iklan dari syarikat pawagam GSC ini sering ditemui setiap kali sebelum tayangan filem bermula.

Menurut GSC, iklan tersebut membawa mesej pawagam bukan sahaja tempat untuk menonton filem malah ia juga adalah tempat untuk cipta memori bersama.

Iklan berkenaan turut menggunakan tema membawakan rujukan dari filem-filem terkenal sepanjang zaman dan salah satunya yang mendapat perhatian adalah inspirasi daripada filem animasi terbitan Studio Ghibli dari Jepun.

SAYS.com
Image via @nen.isa.nen.isa (Threads)

Penganimasi dedah babak inspirasi animasi dari Jepun tersebut adalah bukan janaan AI tetapi animasi sebenar

Menerusi perkongsian Nen Isa di Threads, dia yang juga merupakan Pengurus Projek studio animasi tempatan, Mintt Studio, mendedahkan babak itu telah dianimasikan oleh dirinya sendiri.

Dedahnya, dia menafikan dakwaan yang mengatakan babak tersebut merupakan hasil daripada janaan AI.

"Hai, saja nak share, animation style 'Ghibli' yang korang tengok dekat dalam intro @gscinemas tu bukan AI yaa.

"Tapi saya lah yang animate (dilukis satu per satu setiap frame). Ramai ingat animation ni AI padahal bukan," katanya.

SAYS.com
Image via @nen.isa.nen.isa (Threads)

Tonton iklan tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: