seismik

"Rambut Kalis Api Neraka" - Respon Netizen Selepas Emma Maembong Kembali 'Free Hair'

No komen.

Cover image via Instagram @emma_maembongofficial

Umum mengetahui bahawa pelakon popular Emma Maembong mengesahkan dirinya tidak lagi bertudung sejak empat hari lalu

Memetik laporan Berita Harian, Emma menegaskan tindakan itu bukanlah contoh yang baik, malah turut mengakui bahawa imannya belum kukuh.

"Apa juga alasannya, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan. Selepas ini, saya harus telan segala kecaman dengan lapang dada.

“Untuk kita istiqamah dalam bertudung bukan perkara mudah. Pasti ada ujian yang menjelma. Jika tidak betul-betul bersedia, pasti terumbang-ambing juga iman diri. Cuma dalam tempoh bertudung itu, bukan saya tidak mencuba untuk membulatkan hati. Namun, saat saya tewas dan perkara itu tular. Hukuman bertalu-talu datang, tetapi saya terima dengan hati terbuka,” katanya.

Tonton video penuh di bawah:

Ekoran perkara tersebut, orang ramai tidak henti-henti memberi kecaman demi kecaman kepada Emma Maembong menerusi ruangan komen di Instagram miliknya

Emma yang sejak semalam memuat naik dua keping gambar yang menunjukkan dirinya tidak bertudung telah menerima puluhan ribu komen dalam masa yang singkat.

Di bawah antara yang sempat kami rakamkan:

1. "Syaitan dah berjaya"

3. "Kau ingat masuk neraka kejap-kejap ke?"

4. "Aku nak jadi diri sendiri"

5. "Wanita Palestin bersungguh-sungguh pertahankan agama"

6. "Hijab for Allah, free hair for Abdullah"

Di sebalik kecaman, masih ramai netizen yang memberikan kata-kata semangat serta mendoakan yang terbaik buat Emma

Semoga Emma diberi petunjuk dan terus tabah menghadapi dugaan hidup. All the best! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Okay, jom layan persembahan Baby Pian pulak:

You may be interested in: