seismik

Segala Tentang RUU MKN Yang Menjadikan Najib Lebih Berkuasa Daripada Sebelum Ini

Akta terbaru ini telah pun diluluskan oleh Parlimen.

Cover image via www.malaysia-chronicle.com

Pada 3 Disember 2015, Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) diluluskan di peringkat dasar Parlimen dengan majoriti menyokong usul yang dibawa Putrajaya itu

Seramai 107 ahli Parlimen menyokong, manakala 74 ahli Parlimen menolak RUU itu diluluskan ketika sesi pengundian belah bahagi dilakukan.

themalaysianinsider.com

Ketika sesi penggulungan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memberi jaminan bahawa rang undang-undang ini akan mengukuhkan mekanisme keselamatan negara.

astroawani.com

Ia bertujuan memperkukuhkan penguatkuasaan dari segi menjaga keselamatan rakyat negara ini secara keseluruhannya.

bharian.com.my

Rang undang-undang itu memperuntukkan Perdana Menteri sebagai pengerusi, dan Timbalan Perdana Menteri sebagai timbalan pengerusi

Ini diikuti dengan tiga menteri yang dipertanggungjawab bagi pertahanan, hal ehwal dalam negeri serta komunikasi dan multimedia selain dianggotai Ketua Setiausaha Negara, Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara.

Perdana menteri juga, atas syor Ketua Setiausaha Negara, akan melantik seorang dalam kalangan pegawai awam untuk menjadi Ketua Pengarah Keselamatan Negara serta Timbalan-timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara dan apa-apa bilangan pegawai dan perkhidmat lain dalam kalangan pegawai awam.

bernama.com

Pakatan Harapan membantah RUU MKN sekeras-kerasnya yang dianggap melampau kerana memberi kuasa berlebihan kepada Perdana Menteri dan boleh membahayakan kebebasan awam

Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran.

Image via antarapos.com

Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran berkata, Fasal 18 (1) Rang Undang-undang itu membenarkan Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan mana-mana kawasan di Malaysia sebagai ‘kawasan keselamatan’.

“Rang undang-undang itu memberi kuasa berlebihan di tangan perdana menteri. Ini tidak boleh diterima di bawah sistem demokrasi kita bahawa perdana menteri diberikan kuasa sedemikian,” katanya.

keadilandaily.com

Menurut Surendran, tiada had ditetapkan kepada saiz kawasan yang boleh diisytiharkan sebagai kawasan keselamatan di mana sebahagian besar atau seluruh Malaysia boleh diisytiharkan sebagai kawasan keselamatan.

“Di samping itu, Perdana Menteri sendiri selama-lamanya boleh melanjutkan jangka masa enam bulan awal pengisytiharan kawasan keselamatan,” tambahnya.

keadilandaily.com

Sebagai contoh, Datuk Seri Najib mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan Dataran Merdeka sebagai "kawasan keselamatan" dan serta-merta mengharamkan perhimpunan anti-kerajaan seperti Bersih

Image via SAYS

Sebarang arahan, perintah atau keputusan yang dibuat MKN yang sedia ada terus berkuatkuasa selaras dengan akta ini.

Sesiapa yang tidak mematuhi perintah boleh disabitkan, didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

bernama.com

Isu ini turut mendapat bantahan dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau mendakwa Rang Undang-Undang ini menyebabkan kuasa milik Yang di-Pertuan Agong dipindahkan kepada Perdana Menteri.

Selain itu, ia juga membolehkan Perdana Menteri mengisytiharkan kononnya berlakunya darurat dan terdapat ancaman keselamatan.

“Dulu cuma nak sebut ini darurat, cuma Agong sahaja boleh sebut. Sekarang ini Agong punya kuasa itu dia pindah kepada diri dia. Dia ambil kuasa Agong. Dia boleh isytihar darurat kononnya ancaman keselamatan.

“Siapa-siapa yang dianggap bertindak mensabotaj negara, boleh ditangkap. Tapi dia lupa satu, kalau kalah Pilihanraya ke-14 ini, yang jadi kerajaan ialah parti lawan, dia tangkap habis semua,” katanya.

freemalaysiatoday.com

Namun begitu, Datuk Seri Shahidan menafikan dakwaan bahawa rang undang-undang ini mengambil alih kuasa Yang diPertuan Agong

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Image via www.themalaysiantimes.com.my

"Ia membabitkan kawasan keselamatan Yang Berhormat. Bukannya darurat," jelas Shahidan.

Beliau mengambil contoh penubuhan Kawasan Khas Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi menangani ancaman pencerobohan di Sabah, beliau berkata penggubalan undang-undang itu juga bagi memberi perlindungan kepada keselamatan rakyat di negara ini ketika menghadapi apa jua ancaman.

astroawani.com

Pakatan Harapan juga menganggap undang-undang baru ini akan menjadikan Malaysia sebuah 'negara polis' kerana terlalu banyak peruntukan yang zalim dan menindas

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh.

Image via www.roketkini.com

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh

“Ini adalah yang tidak bertanggungjawab dan tidak adil untuk kerajaan lemparkan usul ini kepada kita dan mohon kita bahaskan pada hari akhir parlimen.

“Usul ini patut disemak dengan teliti dan perlu diterangkan secara jelas dan kita perlu pastikan ia tiada penyalahgunaan kuasa. Tidak perlu tergesa-gesa dan boleh dibuat pada parlimen akan datang."

keadilandaily.com

Ahli Parlimen Alor Star, Gooi Hsieu Leung.

Image via www.malaysiakini.com

Ahli Parlimen Alor Star, Gooi Hsieu Leung

“Kerajaan sepatutnya perlu memberi penerangan kepada orang awam sebelum nak laksanakan usul yang dia cadangkan."

keadilandaily.com

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin.

Image via www.themalaysianinsider.com

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin

“Saya mahu undang-undang ini dimansuhkan. Jika kerajaan masih mahu meneruskannya, berikan kami masa yang cukup (untuk berbahas).

“Kami sibuk dengan perbahasan Bajet 2016. Kami tidak mempunyai masa yang mencukupi. Rang undang-undang itu mengandungi banyak peruntukan yang zalim dan menindas.

“Jika rang undang-undang itu diluluskan hari ini, kita akan menuju menjadi negara polis. Kami akan menentangnya habis-habisan.”

keadilandaily.com

Apa pendapat anda?

Tun M meramalkan kekalahan UMNO pada pilihan raya akan datang:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!