seismik

Ramai Terhibur Dengan Gambar & ‘Caption’ Lucu Dari Admin RapidKL. Memang Kreatif Habis!

Tahniah admin. Anda sangat menghiburkan!

Cover image via SAYS via Rapid KL

Sejak pembinaan Fasa 2 perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Muzium Negara-Kajang dibuka 17 Julai lalu, rata-rata rakyat Malaysia begitu teruja dengan kemudahan baru tersebut

Mana tidaknya, operasi fasa kedua MRT laluan Semantan-Kajang melengkapkan jajaran Sungai Buloh-Kajang (SBK) sepanjang 51 kilometer (km) dan kemudahan pengangkutan ini adalah bertaraf dunia.

Namun, inilah yang menjadi masalah sekiranya teknologi saja bertaraf dunia tetapi masyarakat Malaysia masih lagi mempunyai mentaliti kelas ketiga

Tak sampai seminggu, sudah banyak kemudahan yang disediakan dicemari dengan sikap-sikap tak bertanggungjawab sesetengah masyarakat Malaysia.

Image via Astro Awani
Image via Astro Awani
Image via Astro Awani

Bukan itu saja, sikap sesetengah penumpang semasa berada di dalam tren juga kadang-kadang amat mengecewakan

Jadi, bagi mengatasi masalah tersebut RapidKL telah mengambil jalan paling efektif dengan mem-viralkan kelakuan-kelakuan aneh sesetengah penumpang di dalam tren. Saban hari ada saja gambar-gambar kesalahan tingkahlaku penumpang yang dimuatnaik ke laman Facebook mahupun Twitter.

Seperti di dalam gambar di bawah, ada pula yang "feeling-feeling" nak jadi superhero.

Nampaknya, public service announcement pun tak jalan. Pihak RapidKL cuba berpantun pula kali ni. Mana tahu lebih ramai yang akan faham?

Dan nampaknya sesetengah beg plastik pun perlukan tempat duduk sama seperti orang ramai. Hmmm...

Tak sangka rakyat kita ni rajin bersenam ya. Dalam MRT pun diorang nak workout juga.

Amboi jauh termenung tu bang? Kisah yang lepas jangan dikenang...

Hmmm ini pun ada lagi seorang yang tak faham bahasa. Makan dan minum di dalam tren dilarang ya.

Manakala, RapidKL juga ada memuat naik satu gambar berserta lirik lagu yang sedang viral sekarang!

"Come to me, sayang sayang sayang"

Dan paling yang kami tak tahan, tweet pihak RapidKL semalam. Huuu...seram!

Ternyata orang ramai 'terhibur' dengan post-post yang dimuat naik oleh pihak RapidKL. Gambar berserta caption yang dimuat naik seriously amat melucukan.

Image via Rapid KL
Image via Rapid KL
Image via Rapid KL

Image via Rapid KL
Image via Rapid KL

Pada pandangan kami, pendekatan yang digunakan oleh Rapid KL ini sangat berkesan. Bukan sekadar lucu, tetapi mesej yang disampaikan juga cukup jelas! Kudos to Rapid KL admin!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lebih banyak artikel menarik di SINI:

You may be interested in: