seismik

"Kenapa Tak Bawa Tilam Terus?" - Sikap Selamba Wanita Ini Gantung Buaian Dalam MRT Dikecam

Kemudahan kelas pertama, minda kelas ketiga.

Cover image via Nana Abd Rashid

Baru sahaja seminggu MRT dibuka tetapi rakyat Malaysia sudah dihidang dengan pelbagai masalah yang berpunca daripada penumpang

Dari membuang sampah merata-rata, membiarkan kanak-kanak memanjat di dalam tren, sehinggalah menconteng di sana sini, sikap dan tingkah laku beberapa penumpang MRT telah menyebabkan kerosakan di beberapa stesen.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp, Dato' Najmuddin Abdullah mendedahkan phak mereka memerlukan kos RM10,000 untuk membersihkan dan membaiki semua kerosakan vandalisme ini.

Tak cukup dengan itu, seorang wanita pula ditemui menggantung buaian anaknya di dalam MRT

Dalam satu post di FB oleh Nana Abd Rashid, beliau memuat naik dua keping gambar yang memaparkan seorang ibu dengan selambanya menggantung buaian anak di tempat pemegang, dan keadaan seorang kanak-kanak memanjat tempat duduk MRT sambil berpaut pada pemegang dia atasnya.

Beliau mengkritik sikap ibu bapa tersebut yang langsung tidak ada rasa hormat dan tidak bertanggungjawab kerana mengabaikan dan membiarkan sahaja anak-anak mereka berkelakuan sedemikian.

Image via Nana Abd Rashid

"Alahai kak, awat tak bawak tilam, toto sekali naik MRT. Anak-anak tu kalau boleh pantau sikit, jaga harta benda awam bersama.

"Boleh pulak dia bawa buai sangkut dalam MRT. Keselamatan anak tanggungjawab mak bapak. Kalau la emergency brake, tercampak anak, confirm viral salahkan MRT.

"Mohon rakyat Malaysia menjaga keselamatan dan harta benda awam ketika menaiki pengangkutan awam,"
tulis Nana.

Rata-rata netizen bingung melihat kelakuan sesetengah individu yang tidak bertamadun sebegini

Kalau mentaliti masih pada kelas ketiga, kemudahan kelas pertama yang canggih macam ini pun boleh rosak serta merta.

Image via Nana Abd Rashid

Ada juga yang berpendapat pasangan di dalam gambar tersebut merupakan warga asing

Perkhidmatan MRT dan mana-mana tren di Malaysia bukan sahaja digunakan oleh rakyat Malaysia malah turut dikongsi dengan pendatang asing yang lain. Ramai menganggap mereka adalah penyumbang utama kepada gejala vandalisme sebegini di negara.

Image via Facebook

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lihatlah, belum apa-apa lagi dah banyak kerosakan:

You may be interested in: