[RASMI] Keputusan 'Rayuan' Kini Ditolak Penganjur, Ziyad Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia
Ziyad anda tetap juara dihati kami rakyat Malaysia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kejayaan jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli meraih pingat emas 'dirompak' oleh protes yang dilakukan oleh kem Ukraine pada pentas final di Tokyo
Menerusi posting yang dimuat naik oleh wartawan sukan TV3, Hasnida Hanim Ahmad Kamil di laman Twitter rasminya, beliau memaklumkan keputusan rayuan atlet lontar peluru negara para Ziyad Zolkefli kini ditolak.
Keputusan itu juga menyaksikan catatan WR Ziyad tidak diambil kira pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di bawah keputusan DNS (Did Not Start).
Hasnida Hanim turut menitipkan ucapan tanda sokongan kepada atlet para negara itu "Ziyad anda tetap juara dihati kami rakyat Malaysia terima kasih Ziyad terima kasih".
Dalam pada itu, Ziyad Zolkefli dalam kemaskini terbaru di Instagramnya turut meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia
Walau bagaimanapun, dalam perkembangan lain difahamkan Majlis Paralimpik Malaysia dan Persatuan Olahraga Para akan meneruskan bantahan di World Para Athletic dan Majlis Paralimpik Antarabangsa susulan keputusan rayuan itu ditolak hari ini.
Semoga dipermudahkan segalanya buat atlet para negara kita, Ziyad Zolkefli. Anda tetap juara dihati kami rakyat Malaysia!