realme Lancar Siri Telefon Pintar 'Quad-Camera' Pertama Pada Harga Tak Masuk Akal

Murah dan lengkap!

Minggu lalu, realme melancarkan dua peranti terbaru yang diberi nama realme 5 dan realme 5 Pro! Kedua-dua model ini mempunyai kelebihannya tersendiri.

Image via realme

Ini sebab kenapa anda mesti rasa nak beli realme 5 dan realme 5 Pro:

1. realme 5 memuatkan bateri yang mampu menghidupkan peranti selama 29 hari. SERIUS!

Ya, betul, Kapasiti bateri 5,000 mAh yang dimuatkan ke dalam realme 5 mampu bertahan selama 29.9 hari!

Tapi, takkanlah nak hidupkan peranti dan biarkan ia begitu sahaja tanpa disentuh, bukan? Jangan risau.

Bateri ini sememangnya tahan lama:
1. Main PUBG 8.5 jam
2. Dengar muzik 30.8 jam
3. Buat panggilan sehingga 48.9 jam
5. Tonton video YouTube selama 19.1 jam

Sebab itulah realme 5 dikenali sebagai PowerHero. ;)

2. Sistem Quad-Camera pada kedua-dua realme 5 dan realme 5 Pro memberi pilihan yang luas untuk mengambil gambar

Peranti realme 5 didatangkan dengan empat kamera - lensa ultra-lebar 8MP (dengan 119º field-of-view), lensa utama 12MP, bersama-sama dengan lensa potret 2MP dan kanta makro 2MP.

Kamera hadapan tidak kurang hebatnya. Pada 13MP dengan kanta aperture ƒ/2.0 sangat baik untuk swafoto berkualiti tinggi.

Tetapan kamera pada realme 5.

Image via realme

Itu baru realme 5. Peranti realme 5 Pro pula lebih hebat dengan lensa Sony yang mampu menghasilkan gambar yang cukup memuaskan!

Yang membezakan realme 5 Pro dengan realme 5 ialah kehadiran kamera utama 48MP dan kamera hadapan 16MP, kedua-duanya direka khas oleh Sony. Kualiti profesional? Semestinya!

Tetapan kamera pada realme 5 Pro.

Image via realme

Jangan terkejut, realme 5 Pro mampu mengambil gambar waktu malam pada kualiti yang tak masuk akal!

Diambil oleh realme 5 Pro.

Image via realme

3. Cukup berkuasa untuk tugasan harian

Image via Gizmo Times

Dikuasakan oleh chipset Qualcomm Snapdragon 665 AIE, realme 5 mempunyai peningkatan prestasi 20% apabila dibandingkan dengan realme 3. Ia boleh mencapai frekuensi utama sehingga 2.0 GHz!

Realme 5 Pro pula dikuasakan oleh chipset Qualcomm Snapdragon 712 AIE, yang meningkatkan prestasi keseluruhan sebanyak 10%. Kekerapan utamanya boleh mencapai 2.3 GHz. Kecekapan tenaga juga meningkat sebanyak 35%, yang bermaksud peranti ini tahan lebih lama!

4. Besarnya skrin!

Skrin pada realme 5 Pro.

Image via realme

Skrin 6.3 inci FHD+ pada realme 5 Pro mempunyai nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90.6%. Itu cukup mengagumkan, malah dewdrop notch juga tidak terlalu mengganggu!

realme 5 pula mempunyai paparan HD+ 6.5 inci yang lebih besar, yang menampilkan Mini-Drop, juga membolehkan pengguna melihat kandungan dengan mudah. Semua ini pada nisbah skrin-ke-badan sebanyak 89%.

Dapatkan peranti siri realme 5 sekarang!

Image via realme

realme 5 didatangkan dalam dua warna - Crystal Blue dan Crystal Purple - dan dalam dua varian iaitu 3GB + 64GB (RM599), atau 4GB + 128GB (RM799).

realme 5 mula dijual pada 17 Oktober 2019!

Image via realme

realme 5 Pro juga datang dalam dua warna - Crystal Green dan Blue Sparkling - pada varian 8GB + 128GB. Ia mula dijual mulai 10 Oktober 2019 pada harga RM1,099 sahaja!

Image via realme

Kedua-dua peranti ini boleh dibeli secara eksklusif di Lazada di sini! Juga, jika anda ingin pra-tempah realme 5 Pro, anda boleh lakukannya di kedai realme berdekatan anda dari sekarang hingga 11 Oktober 2019.

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi realme!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment