seismik

'Lebih Baik Pergi Mekah' - Disindir Beli iPhone 11, Rupanya Pakcik Ini Doktor Pakar KPJ

One word: netizen.

Cover image via Twitter @SwitchTM & iDrop News

Apple baru saja melancarkan siri iPhone 11 sejak beberapa hari lalu dan katanya telah habis dijual di pasaran Malaysia. Wow!

Image via mymemory.co.uk

Peminat-peminat iPhone berpusu-pusu ke kedai Apple berdekatan untuk melihat, memegang, dan merasai sendiri siri iPhone 11 terbaru di dalam genggaman. Nampaknya, orang ramai sememangnya tidak boleh melepaskan peluang untuk hands-on dengan peranti terhangat di pasaran ini.

Image via hypb.st

Melihatkan pada review juga, iPhone 11 dikatakan antara yang terbaik berbanding pesaing lain dari segi kualiti gambar, kualiti rakaman video, ketahanan bateri, dan nilai estetika yang dibawanya.

Istimewanya tentang iPhone, ia bukan sahaja diminati oleh golongan muda, malah turut menjadi tumpuan bagi golongan yang lebih berusia

Contohnya seperti pakcik ini. Walaupun sudah berusia, pakcik ini dilihat begitu sempoi membeli iPhone 11 Pro di kedai Switch Kota Bharu Trade Centre, siap menjadi pelanggan pertama yang membelinya, kalah orang muda lain. Hebat betul!

Kedai Switch Kota Bharu mewar-warkan tentang perkara ini pada 27 September 2019 menerusi Twitter.

Pakcik dan anaknya masing-masing membeli iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max.

Image via Twitter @SwitchTM

Tapi biasalah, kita mana boleh nak tutup mulut orang. Ada pula netizen yang tidak senang melihat pakcik ini membeli iPhone 11 dan mencadangkan supaya pakcik ini 'pergi mekah'.

Satu: Suruh pakcik pergi Mekah
Dua: Kutuk pakcik sebab beli barang Israel

Aduhai, ada pula orang yang pertikai. Mungkin pada mereka, orang yang berusia seperti pakcik ini tidak sepatutnya membelanjakan duit yang banyak pada sebuah iPhone. Sebaliknya, lebih baik habiskan ke jalan Allah dengan pergi menunaikan Umrah.

Kan dah kena kecam balik

Pakcik bukan sekadar pakcik. Rupa-rupanya, dia adalah seorang doktor pakar dalam bidang Sakit Puan di hospital KPJ Kota Bharu, Kelantan.

Pakcik itu dikenali dengan nama Dr Awang Nila Bin Ismail.

Ada yang mengatakan bahawa Dr Awang Nila merupakan doktor pakar terbaik di situ dan mempunyai keluarga yang tinggi ilmu agamanya

Nah, korang boleh baca sendiri dia punya profil di laman web KPJ

Image via KPJ Perdana

Itulah, lain kali jangan nak main sembur je. Awak tu bukannya bagus mana pun. Okay?

Image via tumblr.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: