seismik

"Disebabkan Tom Yam, Nasi Lemak Dapat Nama" - Vitty Lodge Anggap Isu Belum Selesai

"Hanya video sahaja boleh membuktikan bahawa dia sudah meminta maaf terhadap pihak pengurusan dan benar-benar kesal dengan perbuatannya" - Vitty Lodge

Cover image via SAYS

Selepas videonya viral dan dikecam ramai di media sosial, akhirnya remaja lelaki yang membuat onar di Osaka, Jepun, Ramadhan Sinclair tampil dengan permohonan maaf

Dia menerusi laman Facebook miliknya, membuat permohonan maaf terhadap semua rakyat Malaysia terutamanya Qaiyum (lelaki yang berbaju biru di dalam video) kerana telah bertindak kasar terhadapnya.

Ramadhan dan dua sahabatnya akan bertanggungjawab terhadap semua kerosakan yang berlaku dan akan cuba membayar ganti kepada pemilik rumah tumpangan terbabit.

Bagaimanapun, dia tetap menafikan bahawa bukan dirinya yang membuang najis di dalam bilik mandi di Vitti Lodge & Family Apartment tersebut.

Kerosakan tersebut telah menyebabkan kerugian bernilai hampir RM5,000 dan telah dibayar terlebih dahulu oleh Qaiyum yang juga merupakan rakyat Malaysia.

Sebelum ini, dalam satu kenyataan di Facebook, Vitti Lodge & Family Apartment memberitahu mereka mengambil keputusan untuk mengharamkan penduduk Malaysia menginap di situ ekoran insiden tersebut

Namun, kenyataan itu telah ditarik balik dan rakyat Malaysia telah dibenarkan semula untuk menginap di sana selepas mengambil kira beberapa aspek.

Selain Ramadhan, rakannya Ku Hidayat (lelaki yang menumbuk dinding) turut membuat permohonan secara terbuka. Dia juga menerangkan apa sebenarnya berlaku selain mengaku salah dalam video tersebut.

Menurutnya tindakan beliau didorong oleh emosi kerana dia pada ketika itu runsing memikirkan cara untuk pulang ke Malaysia kerana ketiadaan wang selepas terlepas kapal terbang.

Permohonan Maaf secara terbuka dgn rela hati Oleh Ku Hidayat.. beliau juga telah melunaskan bayaran ganti rugi (bahagian yg beliau perlu bayar) kpd qaiyum.. Kami terima permohonan Maaf beliau dgn hati yg terbuka.. dan Harapan kami agar ia menjadi pengajaran kpd semua.. supaya kejadian seumpama ini tidak berlaku d tempat lain .. Kami berharap dgn video permohonan Maaf ini.. jangan lh Ada yg mengecam beliau lg... Tonton Video sampai hbis ya Sekian..

Posted by Vitti Lodge & Family Apartment on Saturday, 19 August 2017

"Bila saya masuk kat dapur, saya tengok Ramadhan dan Qaiyum sedang bergaduh. Saya sendiri tidak tahu kenapa. Saya cuba tegur mereka untuk tidak bergaduh.

"Mereka tidak mempedulikan saya. Saya gagal mengawal emosi sebab ada masalah dan tertekan kerana tidak cukup duit untuk balik ke Malaysia. Jadi, saya pun tertumbuk dinding tersebut,"
katanya dalam video tersebut.

Mereka kemudiannya mengadu kepada pemilik tempat penginapan tersebut dan berbincang bagaimana untuk menggantikan kerosakan tersebut.

Selepas berbincang mereka membuat keputusan untuk dahulukan duit Qaiyum dan berjanji akan melunaskan setelah tiba ke Malaysia.

Ku Hidayat akhirnya dapat pulang ke Malaysia atas bantuan rakan-rakannya di Malaysia. Setelah tiba di tanah air, dia terkejut mendapati video tersebut telah viral.

Bagaimanapun, laporan mStar pagi ini memberitahu bahawa pihak Vitty Lodge & Family masih menganggap isu itu belum selesai

Pengurus rumah tumpangan itu, Muhammad Soffi Roslan, 30, berkata, pihaknya masih menunggu remaja bernama Ramadhan Sukrikhan itu untuk tampil membuat permohonan maaf melalui video, bukan sekadar memuat naik kenyataan menerusi Facebook.

"Selagi tidak membuat permohonan maaf melalui video dan ganti rugi belum dibayar, kami anggap perkara ini belum selesai.

"Memang dia ada menghantar paparan skrin permohonan maaf yang dibuat di Facebook kepada saya menerusi aplikasi Whatsapp, namun siapa sahaja boleh menulis status tersebut.

"Hanya video sahaja boleh membuktikan bahawa dia sudah meminta maaf terhadap pihak pengurusan dan benar-benar kesal dengan perbuatannya," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.

" Kami belum menerima sebarang video permohonan Maaf secara terbuka drp Ramadhan dan Belum juga menerima bayaran ganti rugi yg sepatutnya di bayar kpd qaiyum (baju biru)..

P/s: dh buat salah tu, mengaku, bayar ganti rugi dan beri Kami video permohonan Maaf secara terbuka.. agar lg Cepat perkara nie di selesaikan...dan 1 lg sila reply what's app sy dgn segera ya..

"Disebabkan tomyam, Nasi lemak yg dpt nama.." hmm

Terima kasih kpd Ku Hidayat kerana memberi kerjasama dan berani hantar Video permohonan Maaf secara terbuka dan mengaku akan kesalahan, membayar ganti rugi dgn penuh (bahagian yg beliau perlu bayar) dan telah pn belajar sesuatu drp peristiwa tersebut... Faris juga telah memohon maaf kpd pihak Kami.. "

Tonton video penuh kejadian di bawah:

Posted by Wan Iskandar on Friday, 18 August 2017

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Menarik di SAYS:

Minat Tom Yam? Jom try resipi ini:

You may be interested in: