seismik

10 Langkah DIY Untuk Selesaikan Masalah Paparan Skrin Pada SmartTAG. Pakai Pensel 2B Je!

Buat sendiri je kat rumah.

Cover image via Azarul Ridzuan Abu Bakar

Masalah paparan skrin SmartTAG memang dah jadi perkara biasa bagi sesiapa yang menggunakannya

Memang geram lagi-lagi bila nak check baki duit dalam kad, boleh keluar nombor yang tak jelas dan pelik-pelik. Kita bukannya selalu boleh agak berapa baki yang tinggal dalam kad.

Nanti sangkut kat lorong SmartTAG sebab tak cukup baki, tak pasal-pasal buat orang lain jadi bengang. Ditambah pula dengan sensor SmartTAG yang selalu juga buat hal tak kira masa.

Harap-harap sistem baru nanti bolehlah selesaikan semua masalah ni.

Tapi jangan risau, sekarang dah ada jalan penyelesaian. Hanya guna pensel 2B je tau!

Peralatan yang diperlukan:

1. Pensel 2B
2. Pemadam
3. Pemutar skru mata bintang (saiz kecil) - Mr. DIY
4. Paling penting - SmartTAG :p

Dah ada semua peralatan? Jom kita mula:

1. Keluarkan bateri dari tempatnya

2. Buka dua skru pada bahagian tepi

3. Buka satu skru lagi di bawah kod bar

4. Buka bahagian ini - umpil lock dengan cermat

5. Buka klip di bahagian ini pula - 4 klip kesemuanya

6. Kemudian boleh tanggalkan cover putih ini

7. Gosok perlahan-lahan bahagian ribbon dengan pensel 2B

8. Masukkan bateri, lekapkan kad TnG dan tekan suis dengan test pen

9. Sekiranya paparan masih kurang jelas, gosok ribbon dengan pemadam dan ulang step 7 dan 8

10. Pasang semula komponen yang dibuka awal tadi

Mudah je kan? Dah tak perlu hantar ke kedai untuk repair atau beli baru.

Lihat video tutorial di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nak buat gambar saiz passport sendiri? Baca ni:

You may be interested in: