seismik

Sukakan Cheese? 15 Resipi 'Finger Food' Mudah Ini Khas Untuk Anda

Semuanya perfect untuk minum petang!

Cover image via My Resipi

Sukakan keju? Pelbagai jenis finger food, tidak kira yang savoury atau yang manis, boleh dibuat dengan perisa kegemaran anda ini!

Image via No Recipes

Dapatkan pelbagai jenis idea desserts dan snek berkeju yang sesuai dibuat untuk minum petang di sini:

1. Oreo Cheese Cupcakes

Image via My Resipi

Gandingan klasik Oreo dan cream cheese pasti membuatkan kek cawan bakar ini lesap daripada pinggan sebaik sahaja dihidang! ;)

Dapatkan resipi penuh Oreo Cheese Cupcakes di sini.

2. Kek Lapis Cheese

Image via My Resipi

Kek lapis Indonesian-style ini menggunakan adunan berkeju untuk memberikan perisa yang unik kepada manisan tradisional ini. Pekena dengan teh panas-panas, memang terangkat!

Dapatkan resipi penuh Kek Lapis Cheese di sini.

3. Biskut Cheddar

Image via My Resipi

Biskut yang tampak elegan ini sesuai dihidangkan untuk seisi keluarga atau tetamu yang berkunjung ke rumah. Nak buat sebagai kuih raya pun boleh!

Dapatkan resipi penuh Biskut Cheddar di sini.

4. Bingka Berlauk

Image via MyResipi

Untuk resipi yang sedikit savoury, cuba bingka inti daging berempah ini. Sebelum dibakar hingga keemasan, bingka ini ditabur dengan keju Cheddar untuk memberikan sedikit extra flavour.

Dapatkan resipi Bingka Berlauk di sini.

5. Blueberry Cheese Tart

Image via My Resipi

Dengan keraknya yang rangup, diisi pula dengan keju berkrim dan perisa blueberry, resipi ini ternyata diminati ramai tidak kira yang tua atau yang muda.

Dapatkan resipi penuh Blueberry Cheese Tart di sini.

6. Caramel Cheese Pudding

Image via My Resipi

Bancuhkan sedikit keju ke dalam adunan puding ini dan nikmati pencuci mulut yang terasa seakan-akan caramel cheesecake. Lain macam sedapnya!

Dapatkan resipi Caramel Cheese Pudding di sini.

7. Frozen Cheese Cake

Image via imgur.com

Anda tidak perlukan ketuhar untuk membuat kek simple ini. Bermula dengan lapisan oat dan biskut hancur, kek berinti keju dan krim ini hanya perlu disejukkan sebelum dihidang.

Dapatkan resipi penuh Frozen Cheese Cake di sini.

8. Serunding Cheese Roll

Image via My Resipi

Untuk membuat snek mudah ini, anda hanya perlu menggulung roti bersama serunding dan kepingan cheese dan kemudian goreng hingga keemasan. Salut roti dengan Nestum atau serbuk roti untuk dapatkan kulit yang garing.

Dapatkan resipi penuh Serunding Cheese Roll di sini.

9. Donat Keju Krim

Image via My Resipi

Donat gebu ini dihiasi frosting keju krim dan taburan sprinkles berwarna-warni. Anak-anak pasti suka!

Dapatkan resipi penuh Donat Keju Krim di sini.

10. Cream Cheese Chocolate Chip Cookies

Image via imgur.com

Sukakan Chocolate Chip Cookies? Sekali dah cuba versi yang lemak berkrim ini, mesti nak lagi!

Dapatkan resipi penuh Cream Cheese Chocolate Chip Cookies di sini.

11. Kek Coklat Keju Koktel

Image via My Resipi

Kek coklat dihiasi frosting krim keju dan buah koktel berwarna-warni ini mudah dibuat dan sesuai dihidangkan untuk sesi minum petang bersama keluarga dan rakan-rakan.

Dapatkan resipi penuh Kek Coklat Keju Koktel di sini.

12. Puding Roti Cheese

Image via My Resipi

Resipi puding roti kukus ini ditabur dengan kepingan cheese untuk memberikan sedikit rasa lemak. Anda boleh juga tabur kekacang dan kismis untuk menyedapkan lagi hidangan simple ini.

Dapatkan resipi penuh Puding Roti Cheese di sini.

13. Cheesecake Biskut

Image via My Resipi

Resipi no-bake ini menggunakan 5 bahan sahaja dan hanya perlu disejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidang. Simple dan sedap!

Dapatkan resipi penuh Cheesecake Biskut di sini.

14. Agar-Agar Cheese

Image via My Resipi

Resipi agar-agar menarik ini dibuat dengan lapisan biskut keju yang disusun antara adunan agar-agar berkrim. Dessert ini enak dimakan dingin. =)

Dapatkan resipi penuh Agar-Agar Cheese di sini.

15. Tart Nanas Cream Cheese

Image via My Resipi

Kuih tradisional menggunakan krim keju sebagai secret ingredient untuk menjadikannya begitu lembut dan gebu!

Dapatkan resipi penuh Tart Nanas Cream Cheese di sini.

Koleksi resipi apa pula yang ingin anda dapatkan?
Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

Dapatkan banyak lagi resipi menarik di sini: