seismik

Inginkan Idea Bekal Anak Ke Sekolah? Cuba 8 Resipi Mudah Dan Menyelerakan Ini!

Anak-anak pasti suka. =)

Cover image via My Resipi

1. Roti Telur Pisang

Image via My Resipi

Pisang yang digunakan sebagai inti dalam resipi ini menjadi lembut dan enak seakan-akan jem apabila dipanaskan di dalam kuali. Anak-anak pasti suka!

Dapatkan resipi penuh Roti Telur Pisang di sini.

2. Roti Jala Coklat

Image via My Resipi

Roti jala berperisa coklat ini enak dimakan begitu saja. Anda boleh juga meyediakan adunan tepungnya malam sebelum untuk mengurangkan waktu penyediaan di pagi hari.

Dapatkan resipi penuh Roti Jala Coklat di sini.

3. Nasi Goreng Butter

Image via My Resipi

Kesuntukan masa? Resipi simple ini boleh dibuat dengan lebihan nasi dan hanya mengambil masa 10 minit untuk disiapkan.

Dapatkan resipi penuh Nasi Goreng Butter di sini.

4. Philly Cheese Steak

Image via My Resipi

Resipi sandwic American-style ini diberikan sedikit sentuhan tempatan dan hasilnya ternyata unik!

Dapatkan resipi penuh Philly Cheese Steak di sini.

5. Scrambled Eggs

Image via My Resipi

Untuk hidangan yang sedikit ringan, anda boleh sediakan telur hancur yang lembut berkrim ini. Resipi ini diinspirasikan oleh cara masakan Gordon Ramsay untuk mendapatkan tekstur yang cukup menarik.

Dapatkan resipi penuh Scrambled Eggs di sini.

6. Sandwic Sardin Bakar

Image via My Resipi

Upgrade roti sardin anda dengan versi bakar ini! Gunakan sandwich maker untuk memberikan kerak yang rangup.

Dapatkan resipi penuh Sandwic Sardin Bakar di sini.

7. Roti Goreng Berinti

Image via My Resipi

Roti goreng yang rangup di luar dan lembut di dalam ini boleh dibuat menggunakan inti yang anda suka, seperti daging hancur, sardin, dan sebagainya.

Dapatkan resipi penuh Roti Goreng Berinti di sini.

8. Bihun Goreng Ala Singapore

Image via My Resipi

Resipi bihun goreng putih ini cepat dimasak dan sangat sedap dimakan! Jika anak anda tidak gemar memakan sayuran, anda boleh juga menggunakan lobak merah disagat halus di dalam resipi ini.

Dapatkan resipi penuh Bihun Goreng Ala Singapore di sini.

Koleksi resipi apa pula yang ingin anda dapatkan?
Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

Dapatkan banyak lagi resipi menarik di sini:

You may be interested in:

Leave a comment