seismik

11 Idea Menu 'Potluck' Menarik Dan Mudah Yang Pasti Digemari Ramai

Dapatkan idea-idea appetiser, main course, dan juga desserts yang sesuai dibawa ke majlis nanti.

Cover image via MyResipi

Banyak majlis makan-makan yang bakal dihadiri weekend ini?

Jika anda sedang mencari idea hidangan yang boleh dibawa ke majlis potluck, ikuti resipi-resipi menarik ini:

Pembuka selera:

1. Kuih Talam Keladi Berlauk

Image via MyResipi

Resipi kuih talam seperti ini cukup mudah disediakan! Anda hanya perlu mengukus adunan kuih keladi ini di dalam talam dan kemudian potong kecil untuk dihidangkan.

Untuk resipi penuh Kuih Talam Keladi Berlauk, klik sini.

2. Salad Telur Hancur

Image via MyResipi

Resipi ini memberikan nafas baru kepada hidangan salad, dengan scrambled eggs yang ditumis bersama kubis, tomato dan lobak merah. Tambah sos cili dan mayones jika mahu.

Untuk resipi penuh Salad Telur Hancur, klik sini.

3. Cekodok Ubi Kayu Rangup

Image via MyResipi

Ingin kongsikan menu yang confirm laku dengan para tetamu? Hidangkan cucur ubi kayu ini panas-panas! Rasanya yang rangup pasti disukai ramai.

Untuk resipi penuh Cekodok Ubi Kayu Rangup, klik sini.

4. Kuih Gulung Berlauk

Image via MyResipi

Walaupun mengambil lebih sedikit masa untuk disediakan, hasilnya amat memuaskan! Inti ayam berempah penuh berperisa dibalut crepe lembut ini pasti akan membuat semua tertawan.

Untuk resipi penuh Kuih Gulung Berlauk ini, klik sini.

Hidangan utama:

5. Nasi Goreng Serai Harum

Image via MyResipi

Pasti ramai yang setuju, nasi goreng merupakan antara hidangan paling mudah untuk dibawa ke majlis potluck. Tetapi untuk berikan sedikit kelainan kepada nasi goreng biasa, cuba resipi yang ditumis bersama serai ini. Harum dan enak!

Untuk resipi penuh Nasi Goreng Serai Harum, klik sini.

6. Mi Goreng Mamak

Image via MyResipi

Hidangan mi juga sesuai dijadikan menu potluck. Dalam masa yang singkat, anda dapat hasilkan kuantiti yang banyak untuk menjamu tetamu. Double atau triple resipi ini mengikut jemputan hos anda.

Untuk resipi penuh Mi Goreng Mamak, klik sini.

7. Penne Goreng

Image via MyResipi

Jika anda ke majlis yang mengetengahkan menu Western, anda boleh juga hidangkan pasta Penne Goreng ini! Pasta yang dimasak al dente digoreng pula dengan udang, cendawan, dan brokoli pasti akan digemari ramai.

Untuk resipi penuh Penne Goreng, klik sini.

Pencuci mulut:

8. Ferrero Rocher Da Bomb

Image via MyResipi

Ferrero Rocher homemade ini pasti menjadi kegemaran tetamu yang bakal bertandang, tidak kira yang dewasa mahupun kanak-kanak. Untuk sedikit sentuhan festive, gunakan kertas acuan bewarna emas seperti di dalam resipi ini.

Untuk resipi penuh Ferrero Rocher Da Bomb, klik sini.

9. Kuih Koleh Ubi Badak

Image via MyResipi

Jangan lupa cuba resipi Kuih Koleh Ubi Badak ini juga! Walaupun mudah untuk disediakan, hasilnya cukup cantik, lagi-lagi apabila dipotong kemas dan dihiasi hirisan ceri.

Untuk resipi penuh Kuih Koleh Ubi Badak, klik sini.

10. Puding Lapis Soya

Image via MyResipi

Puding warna-warni ini semestinya diminati para tetamu, khususnya kanak-kanak. Resipi ini menggunakan air kacang soya untuk memberikan rasa yang unik kepada puding ini.

Untuk resipi penuh Puding Lapis Soya, klik sini.

11. Kek Dam

Image via MyResipi

Selalu lihat video kek dam berwarna selang-seli bermain di news feed anda? Jadikan majlis potluck bersama keluarga dan rakan-rakan sebagai motivasi untuk anda mencuba resipi menarik ini!

Untuk resipi penuh Kek Dam, klik sini.

Koleksi resipi apa pula yang ingin anda dapatkan?
Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

Dapatkan banyak lagi resipi menarik di sini: