seismik

Restoran Asam Pedas Terkemuka Di Melaka Diarahkan Tutup Kerana Ada Cacing Dalam Kuah

Ketika serbuan dilakukan, premis itu didapati berada dalam keadaan kotor.

Cover image via Google

Sebuah Restoran Asam Pedas yang terkenal di Melaka diarahkan tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri kerana didapati ada bendasing di dalam kuah asam pedas yang dihidangkan

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Harian Metro, restoran asam pedas itu terkenal dalam kalangan pelancong tempatan dan juga luar negara. Restoran itu telah diarahkan tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri kerana beroperasi dalam keadaan yang kotor.

Selain itu, pengusaha restoran tersebut juga tidak menjaga kebersihan premis berkenaan. Malah, terdapat juga laporan yang mendapati ada bendasing di dalam kuah asam pedas yang dihidangkan kepada pelanggan yang datang.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Ghazali Othman telah mengesahkan perkara tersebut.

Ada juga restoran asam pedas lain yang beroperasi dalam keadaan yang kotor, namun hanya restoran ini yang diarahkan tutup selama 14 hari bermula 1 Julai 2018

“Kita menerima laporan mengenai terdapat bendasing dalam kuah asam pedas yang dihidangkan kepada pelanggan, malah ketika serbuan dilakukan, pemeriksaan mendapati premis itu juga kotor dan gagal mencapai pemarkahan serta berada di bawah tahap kebersihan minima.

"Notis Pemberitahuan itu dikeluarkan setelah mempertimbangkan keadaan restoran seperti penyimpanan barang basah, pembungkus dan kebersihan peralatan dapur," kata Ghazali seperti yang dikeluarkan oleh The Star.

Beliau berkata pengendali itu juga mengeluarkan tiga notis yang membawa sejumlah kompaun sebanyak RM1,500 di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Perintah tutup premis di Taman Kota Laksamana itu dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Lihat klip penuh di bawah:

Ada sebuah restoran asam pedas di Melaka ditutup sebab ada bahan terlarang

Posted by Sosej Sambal on Monday, July 2, 2018

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Biar betul! :o

You may be interested in: