seismik

"Rumah Orang Bukan Playzone!" - Hampir 20 Ekor Ikan Mati Angkara Budak-Budak Datang Beraya

"Rumah pun hampir terbakar sebab anak orang main mancis dan baling dalam stor bawah rumah." - Netizen.

Cover image via Aman Mokhtar / Facebook

Di musim perayaan memang anda akan menerima kunjungan daripada rakan, sanak-saudara, jiran tetangga dan sebagainya. Maklumlah, raya kan sebulan jadi inilah peluang untuk beramah mesra antara satu sama lain.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Blog Archive - Blogger

Namun, diingatkan bagi anda yang mempunyai anak kecil yang agak sukar untuk dikawal, seharusnya anda sentiasa mengawasi pergerakan dan perlakuan anak anda supaya tidak merosakkan harta benda orang lain.

Seperti perkongsian seorang lelaki di laman Facebook iaitu Aman Mokhtar yang telah memuat naik beberapa gambar ikan yang dikatakan telah mati akibat kenakalan anak kecil dan kecuaian ibu bapa yang tidak mengawasi mereka.

Sangat menyedihkan! Lebih-lebih lagi jika anda seorang pecinta ikan. Lihat perkongsian penuh di bawah:

Belum habis kes tentang anak kucing mati direndam dalam air dan ada juga TV plasma tuan ruman jatuh dan pecah.

Kali ini kembali dengan kes lebih 20 ekor ikan mati akibat kes kanak-kanak tabur sebalang makanan ikan di dalam kolam pula.

Before this heboh pasal anak kucing mati kena rendam dlm air & TV plasma tuan ruman jatuh dan pecah. Dua-dua pasal kes datang beraya bawa anak-anak yang hyperactive tapi tak pantau.

And now one of my friend di Instagram telah kongsi yang ikan-ikan dalam kolam dia banyak mati sebab kes yang sama, bawa anak datang beraya tak pantau jaga. Kali ini kes tabur sebalang makan kat ikan mcm tu je lepastu ikan tak makan dan effect kat air kolam.

Esoknya 20 ekor semua terapung mati. Please lah ya yang ada anak-anak kecik tu terutamanya. Jaga elok-elok and pantau seketat yg mungkin. Kalau boleh ikat tangan anak tu dengan tangan sendiri. Nak bawa anak-anak kecik boleh tapi jangan sedap nak penuhkan perut sendiri je pastu membawang rancak smpai anak sendiri tak terpandang perangai kt tempat orang.

Ada juga ikan yang sudah bersedia untuk bertelur, namun ajal datang menjemput

Ikan-ikan kolam ni bukan murah nak beli. Last gambar tu ikan tu dh ready nak bertelur tapi dah sampai ajal. Kesian tuan rumah, lain kali kalau tau anak tu dah perangai buas sangat dan sendiri tak reti nak control, better tinggal jelah anak kat rumah. Jangan nanti menyusahkan orang lain. Ini datang beraya rumah orang tau, ada adab mengunjung, bukan kat padang bola boleh terkinja-kinja.

“Rumah orang bukan PLAYZONE”!!!

Ramai juga netizen di laman Twitter yang berkongsi pengalaman hampir sama dan tidak bersetuju dengan tindakan ibu bapa yang tidak mengawal anak mereka:

Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter
Image via Twitter

Apa pendapat anda tentang isu seperti ini? Kongsikan suara anda bersama kami di ruangan komen di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Banyak betul kes anak-anak yang sukar dikawal tidak ditegur oleh ibu bapa masing-masing:

You may be interested in: