seismik

'Sakit' Mata Tengok Warna Pink, Transformasi Deko Bilik Lelaki Ini Memang Lain Habis. Wow!

Kalau rajin dan ada duit, semua menjadi kan.

Cover image via Kelab Kaki Deco Kaison , Ikea , Romantika , Eco dan Mr DIY / Facebook

Ketika ini dapat dilihat ramai dalam kalangan kita yang semakin berminat untuk mengubah suai rumah ataupun bilik masing-masing

Gambar sekadar hiasan

Image via Impiana

Mana tidaknya, susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan sejak 18 Mac lalu, ramai yang mempunyai banyak masa terluang dan mula melakukan aktiviti seperti ini bagi menghabiskan masa mereka.

Buktinya di media sosial, ada sahaja individu yang berkongsikan idea kreatif mereka mendekorasi rumah, bilik ataupun ruang lain sehingga mencetuskan rasa seronok dan teruja dalam kalangan netizen.

Namun apa salahnya. Dengan berbuat demikian, rumah yang diduduki kita juga akan semakin cantik dan ia secara tidak langsung menambahkan lagi semangat kita untuk terus kekal positif apabila berada di dalam rumah.

Kali ini, apa kata anda lihat hasil dekorasi yang telah dibuat oleh seorang individu ini dalam mendekorasi bilik bujangnya

Apa yang menarik perhatian, dekorasi bilik yang dibuat oleh individu bernama Firdaus Hanafi Ismail ini sememangnya nampak berbeza apabila dia mengubah suai bilik tersebut yang pada asalnya sedikit 'girly' kerana menggunakan warna pink kepada sebuah bilik yang lebih 'cool' dan sejuk mata memandang.

Hasil dekorasi bilik lelaki ini telah dikongsikan olehnya di sebuah group Facebook iaitu Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIY.

Sejak dikongsikan, ia telah mendapat lebih daripada 1.4 ribu shares dan juga hampir 1 ribu komen.

Untuk mengetahui hasil transformasi bilik ini, sila lihat di bawah:

Semoga perkongsian ini sedikit-sebanyak dapat memberikan idea kepada anda yang bercadang untuk membuat dekorasi.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Jom lihat hasil dekorasi lain di sini:

You may be interested in: