seismik

"Sakit Tapi Saya Anggap Ia Komen Membina" - Mariam Dah Cuba Cari Identiti & Kelebihan Diri

Tak apa Mariam, mungkin rezeki lebih besar menanti di luar sana!

Cover image via Dania Hamdan (Seismik)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Peserta top 5 konsert separuh akhir Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), Mariam akui berasa sedih dan terkilan tidak dapat meneruskan perjuangannya ke final minggu hadapan

Walau bagaimanapun, Mariam sudah mencuba buat sehabis baik dan merancang untuk berehat selama beberapa hari sebelum kembali bangkit meneruskan impiannya dalam industri seni muzik. 

Mariam yang memulakan persembahan pertama dengan mendendangkan lagu Di Pintu Syurga nyanyian asal Dayang Nurfaizah telah menyentuh emosi ramai apabila dia berjaya mendalami lirik lagu tersebut dan turut dipuji oleh juri tetap, Ziana Zain.

Image via TV3 Malaysia

Akui sudah lakukan yang terbaik dan masih mencuba cari identiti diri

Apabila ditanya mengenai kelebihan dan aura tersendiri, Mariam berkata dia sudah mencuba untuk mencari kelebihan dan 'X factor' dalam dirinya.

Malah, Mariam menganggap komen-komen netizen yang pernah mempersoalkan tentang rupa dan bakatnya pula sebagai komen membina.

"Saya anggap itu adalah komen-komen yang membina. Tapi, yelah sakitlah kan. Tapi macam mana pun somehow itu menyedarkan saya.

"Saya dah dapat dah komen-komen tersebut dari minggu pertama dan saya dah struggle untuk cari apa karakter saya dari minggu pertama sampai semi final.

"Saya dah cuba, tapi kalau peminat di luar sana masih tak nampak juga, saya cuba lagi. Saya pun mencari-cari identiti saya. Apa kelebihan dan kekurangan saya, I have to work on it," katanya.

Untuk rekod, hanya empat peserta yang berjaya mara ke konsert final CSOIAM iaitu Jimi Marygrace, Zazzleen dan Kai Deva pada minggu hadapan.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton konsert final Calpis Soda OIAM pada hari Ahad, jam 9.00 malam hanya di TV3!

Ikuti @TV3Malaysia di semua platform media sosial untuk perkembangan terkini dan sertai kemeriahan Calpis Soda One In A Million.

Rasai debaran dan nikmati gabungan hiburan terbaik serta kesegaran yang tiada tandingan bersama Calpis Soda, soda susu kultur pilihan utama anda musim ini!

Layari Facebook dan Instagram Calpis Soda sekarang untuk maklumat lanjut tentang promosi hebat dan peluang menyertai kejutan mingguan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: