seismik

Salahkan Tentera Israel Punca Jalan Raya Rosak, Gelagat Jebat Jayden Marah Ini Cuit Hati

Marah betul tu ya Jebat.

Cover image via @rosixomar25 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Isu Palestin dan Israel ternyata telah mendapat perhatian dunia

Banyak nyawa yang tidak bersalah telah terkorban akibat peperangan tersebut. Sememangnya ia amat menyayat hati kita.

Ramai orang meluahkan rasa kecewa dan marah mereka terhadap tentera zionis Israel yang mengebom orang awam di Palestin.

Malah, ia turut mendapat perhatian anak kepada pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila iaitu Jebat Jayden, apabila reaksi marahnya mendapat tumpuan.

Di dalam video berkenaan, Jebat dilihat ketika itu sedang berada di sebuah jalan raya dengan kelihatan ada sedikit kerosakan.

Apa yang lebih mencuit hati adalah apabila dia mula memarahi dan menyalahkan tentera Israel yang mengakibatkan kerosakan jalan tersebut.

"Luahan budak-budak ni kadang lebih tulus" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat Jebat dan memberikan reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.3M views, 112.2K likes dan 1,251 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

Bagus Jebat, marah je lagi Israel tu!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: