[GAMBAR] Dato' Siti Nurhaliza Dah Tukar Kerja Jadi Pemberita Ke? Bukan, Itu Kembar Dia!
Jangan keliru ya.
Siapa yang tak kenal dengan penyanyi wanita tersohor negara Dato' Siti Nurhaliza yang mempunyai peminat serta pengikut yang ramai di Malaysia serta di luar negara
Sudah semestinya apa saja yang berkaitan dengan beliau akan menjadi perhatian orang ramai dek kerana populariti penyanyi wanita itu.
Dan baru-baru ini viral tentang wajah seorang pembaca berita TV1, Normazalina Mohd Nor yang dikatakan persis Dato' Siti Nurhaliza!
Tapi betul ke sama?
Memang nampak seiras Dato' Siti Nurhaliza!
Namun sekiranya dilihat dengan betul, muka mereka berdua tidaklah 100% sama. Cuma bila tengok sekali imbas memang nampak macam kembar!
Wajah Normazalina yang dikatakan mirip Dato' Siti ini menjadi perhatian orang ramai apabila Aflan Syafiq berkongsi mengenai perkara tersebut di Facebook.
Dan rata-rata mereka yang melihat post tersebut bersetuju bahawa wajah pembaca Berita Nasional TV1 itu memang ada iras-iras Dato' Siti Nurhaliza.
Normazalina mengakui terkejut apabila gambarnya viral secara tiba-tiba di media sosial dan sekaligus dikaitkan sebagai kembar Dato' Siti
"Terkejut dan tidak sangka pula apabila ada kawan-kawan memberitahu tentang perkara ini menjadi viral dan komen tentang wajah seiras dengan Siti Nurhaliza.
"Pada saya tidaklah sama, mungkin teknik solekan sahaja, maklumlah, jurusolek selalu ada sahaja idea untuk solek saya seperti wajah siapa. Jadi semalam mereka kata nak buat seperti wajah Tok Ti, itu yang nampak seiras," ujarnya kepada mStar Online.
Dan jika ada rezeki, beliau sudah semestinya mahu bertemu dengan idola nombor 1 negara itu
"Walaupun Dato' Siti Nurhaliza selalu datang ke RTM, saya sehingga kini masih belum berpeluang bertemu dengan beliau. Saya memang ada hajat nak jumpa Dato' Siti," katanya lagi.
Untuk makluman, Normazalina kini memegang jawatan sebagai Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan hanya membaca berita secara sambilan pada hujung minggu
Menurut mStar Online, Normazalina memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2009 dan diberi peluang membaca berita pada 2010.
Kemudian, dia berhenti dan mula bertugas sebagai Setiausaha Sulit Kanan, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat sejak 2013.