Sampai Kucing Pun Mati, Rupa Bilik Pelajar Ini Ditinggalkan Sebab PKP Memang Mengejutkan!
Ya Allah! Kesiannya tengok kucing tu.
Malaysia telah menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak dari 18 Mac lalu sebagai usaha untuk memutuskan rantaian wabak Covid-19 di negara ini
Sejak awal pelaksanaan perintah tersebut, semua rakyat Malaysia dilarang sama sekali untuk melakukan sebarang aktiviti sosial termasuklah majlis perkahwinan, kenduri, sebarang perhimpunan dan lain-lain. Bahkan, hampir kesemua sektor perniagaan juga perlu dihentikan operasi untuk sementara waktu dalam tempoh tersebut.
Bukan itu sahaja, semua sektor pendidikan termasuk taska, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan universiti juga perlu ditutup.
PKP dilihat semakin ketat apabila aktiviti merentas negeri juga dilarang untuk dilakukan sehingga menyebabkan mana-mana individu yang pada ketika itu berada di sesuatu tempat terpaksa tinggal di situ sementara waktu sehingga diberikan kebenaran oleh pihak berkuasa dan kerajaan.
Di Twitter, seorang pelajar terkejut selepas melihat keadaan bilik kolej di tempat belajarnya yang tidak terurus selepas sekian lama ditinggalkan gara-gara PKP
Situasi serta perkongsian itu telah dibuat oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama thechimchims baru-baru ini.
Apa yang mengejutkan, keadaan bilik pelajar itu dilihat sangat tidak terurus dan kemas seperti yang sepatutnya.
Bahkan apa yang menyedihkan, jelas kelihatan seekor kucing yang sudah tidak bernyawa mungkin kerana ditinggalkan begitu lama tanpa sebarang makanan.
Menurut pelajar ini, dia turut berasa sedih dan bersimpati dengan nasib yang menimpa kucing itu
Menurutnya, dia juga tidak mengetahui bagaimana kucing tersebut boleh terperangkap di dalam bilik itu sebelum ditinggalkan.
Netizen yang melihat perkara itu rata-ratanya turut berasa terkejut dan sedih dengan keadaan kucing tersebut
Alahai, kesiannya kucing tu. Macam manalah keadaannya sebelum ni. Harap tiada lagi kejadian seperti ini berlaku lagi.