"Sanggup Kongsi Laptop" - Warden Penjara Ini Tonton Piala Dunia Dengan Banduan. Respect!
Kesian pula tengok.
Tidak dinafikan, golongan banduan sememangnya sering dipandang hina kerana perbuatan jahat yang pernah mereka lakukan
Walau bagaimanapun, mereka juga manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan. Ramai saja yang menjadi bekas banduan dan kembali bertaubat.
Namun, lain pula yang berlaku dalam sebuah video ini apabila sekumpulan banduan di penjara diberi peluang untuk menonton perlawanan bola sepak piala dunia telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kongsi laptop dengan banduan sebab nak tengok piala dunia ramai-ramai
Menerusi video yang dimuat naik oleh @gust14r, kelihatan para banduan itu sedang menonton perlawanan bola sepak piala dunia di sebuah penjara.
Apa yang menarik perhatian adalah laptop yang mereka tengok beramai-ramai itu rupa-rupanya milik warden penjara.
Walaupun mereka banduan, warden penjara itu tidak kisah untuk berkongsi laptop dengan mereka kerana mempunyai sifat kasih sayang sesama manusia.
"Pentingnya memanusiakan manusia," tulisnya di ruangan kapsyen.
"Mereka juga manusia. Tiada apa membezakan dgn kita ini. Cuma mereka ada salah dalam dunia sementara. Respect you sir" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah sehingga 7.2M tontonan, 672.7K tanda suka serta 3.6K perkongsian di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut meluahkan pandangan masing-masing mengenai video itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Mesti banduan-banduan tu seronok kan dapat tengok piala dunia live. Semoga Allah SWT balas kebaikan yang warden penjara ni buat :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!