seismik

"Setia Bersama Bertahun-Tahun" - Staff DSAI Menangis Berpelukan Lepas Pelantikan PM Ke-10

Ramai sebak tengok video ni.

Cover image via @anwaribrahim (Twitter) & @farhanzulkefly (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penantian rakyat Malaysia selama lima hari akhirnya terjawab selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sah dilantik menjadi Perdana Menteri Ke-10

Berita pelantikan beliau pada hari ini, 24 November 2022 sudah semestinya membuatkan rakyat Malaysia khususnya penyokong Pakatan Harapan (PH) berasa gembira dan sebak.

Satu negara tahu perjalanan politik DSAI yang penuh dengan liku-liku dan cabaran sejak 24 tahun lepas. Hari bersejarah ini pasti akan diingati oleh rakyat Malaysia dan juga luar negara.

Turut mendapat perhatian, sebuah video di Twitter memaparkan beberapa orang pekerja DSAI menangis berpelukan sejurus mendapat tahu beliau dilantik menjadi Perdana Menteri yang kesepuluh.

Lihat video penuh itu di bawah:

Bersyukur di atas kemenangan DSAI yang dinanti-nantikan selama ini, semua menangis tak dapat tahan sebak

Menerusi video yang dikongsi oleh @farhanzulkefly, kelihatan sekumpulan lelaki yang difahamkan adalah pekerja DSAI sedang menangis berpelukan sambil mengucapkan rasa syukur.

Rupa-rupanya, mereka merupakan orang yang setia berada di belakang DSAI sejak bertahun lamanya dan tahu jatuh bangun beliau demi memperjuangkan matlamatnya.

"Menangis wehh tengok video ni. Ini team dan staff Anwar Ibrahim. Setia bersama Anwar bertahun-tahun. Aku ingat lagi salah seorang staff dia pernah kata, "Aku tak dapat kerja PMO pun takpe, aku nak Anwar jadi PM. Kesian dia," katanya.

"Hard work paid off, I'm crying too. Today is a big step forward. Make Malaysia great again!" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 247.5K views, 8K retweets dan 19.5K likes di laman Twitter.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut sebak melihat rakaman tersebut. Majoriti juga mendoakan agar DSAI dapat memimpin Malaysia ke arah yang lebih baik.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di Twitter:

Apa-apa pun, mari kita doakan semoga beliau dapat pimpin negara dengan baik dan jujur. To a better Malaysia. Sekalung tahniah diucapkan buat DSAI! :)

Image via Airtime News

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: