"I Love You Papa, Proud Of You" - Posting Nurul Izzah Titip Ucapan Buat Bapa Curi Tumpuan
Rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah atas pelantikan bapanya.
"Saya sayang Papa, sentiasa bangga dengan Papa walaupun dipenjara sebagai banduan politik" demikianlah luahan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar di laman Facebooknya
Nurul Izzah berkongsi luahannya menerusi kapsyen pada gambar dimuat naik di laman Facebooknya dengan titipan ucapan tahniah dan doa di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Ke-10 buat bapanya itu.
Lihat posting penuh itu di bawah:
Bangga dengan perjalanan bapa, doa agar semuanya berjalan dengan lancar
Dalam hantaran sama, Nurul Izzah yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata legasi ditinggalkan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat mahupun wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli.
"Dalam hidup di dunia, kita tidak mampu terlepas daripada dugaan,
Ketika kalah kita diduga,
Ketika menang juga kita diduga.
Yang pasti, sejak 1998 sehingga saat ini - adalah kewajipan untuk kita berpegang terus kepada garis batas perjuangan - menuntut keadilan bukan untuk diri kita, tetapi sebagai pemangkin kepada perlindungan untuk semua.
Cabaran tetap menanti - dan selepas upacara angkat sumpah - usaha menyatu padukan teman-teman senegara, meneliti masalah ekonomi yang membelenggu, menarik pelaburan menerusi ransangan ekonomi dan bakat tempatan, dan membina ummah serta bangsa yang berteraskan keadilan sosial dan kenegaraan yang jitu.
I love you, Papa, Am always proud of you - even as you lay imprisoned as a prisoner of conscience.
Legasi yang kita tinggal kan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat mahupun wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli.
Jadikan masa depan, masa kita bersama.
Khayr, InshaaAllah," tulisnya.
"What a wonderful speech Nurul Izzah Anwar, Alhamdulillah" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah atas pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10.
Posting itu telah mendapat 31K likes, 3.4K comments dan 2.4K shares di Facebook.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Facebook:
Tahniah sekali lagi buat DSAI, Perdana Menteri baru Malaysia, semoga segala amanah dan tugas dapat dijalankan dengan baik :D
Follow SAYS Seismik dan dapatkan berita serta liputan politik tanah air terkini di sini sekarang!