seismik

[VIDEO] Isteri Kemaskan Beg Outstation, Sekali Si Suami Terkejut Tengok Siap Ada 'Kawan'

Alahai comel je!

Cover image via @mdridwxnn (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Apabila sudah berkahwin, sudah tentu kita akan merindui pasangan jika mereka kena pergi outstation bukan?

Tetapi, kadangkala ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan suami dan isteri yang berjauhan buat sementara. Bolehlah feeling-feeling long distance relationship (LDR).

Namun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video ini apabila seorang lelaki terkejut melihat beg oustation yang dikemas oleh isterinya telah mengundang tawa.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak sangka isteri siap letak anak patung dekat beg outstation

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mdridwxnn, kelihatan lelaki itu sedang merakam gelagat isterinya menunjukkan beg outstation yang sudah dikemas olehnya.

Apa yang membuatkan lelaki itu tergelak adalah apabila  isterinya memusingkan beg tersebut, kelihatan ada anak patung berwarna hijau turut diikat pada beg hitam itu.

Di sebelahnya pula terdapat patung dinosaur berwarna pink milik isterinya. Mungkin mereka berdua membeli anak patung tersebut untuk dijadikan sebagai teman tidur.

"Bila bini nak ikut sekali tapi tak boleh" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini telah meraih 442.6K views, 64.6K likes dan 1.1K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat isterinya itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kena bawa tau patung tu bang, jangan tinggal pula. Nanti kena soal siasat dengan bini :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: