seismik

"Mak, Saya Masuk TV" - Gelagat Lelaki Buat-Buat Busy Masa Wartawan Tengah Live Undang Tawa

Punyalah gigih nak masuk skrin juga tu. Haha!

Cover image via @_jellybean18 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebaik saja Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selesai diadakan pada Sabtu 19 November 2022 lepas, semua rakyat Malaysia berdebar menanti keputusan siapa bakal menjadi Perdana Menteri yang ke-10

Boleh dikatakan, setiap platform menjadi sasaran rakyat untuk mengetahui update terkini tentang keputusan parti mana yang menang di setiap pusat mengundi mereka.

Namun, lain pula yang terjadi di sebuah video ini apabila seorang lelaki petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat buat-buat sibuk semasa siaran langsung telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Wartawan tengah live, tiba-tiba lalu berulang kali sebab nak masuk TV

Menerusi perkongsian video daripada @_jellybean18, kelihatan seorang wartawan dari Berita RTM sedang bersiaran secara langsung di salah sebuah pusat mengundi.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila seorang petugas SPR yang memakai pelitup muka dilihat lalu-lalang di belakang wartawan itu beberapa kali.

Lebih menghiburkan lagi, dia juga dilihat seperti sedang buat-buat busy dan sempat melambai ke arah kamera seperti ingin memberitahu dia sudah berjaya masuk dalam TV.

"Dia nak tunjuk dekat family dia tu dia keluar TV. Haha terpaling busy dari YB" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah mendapat 223.4K views, 14.3K likes dan 430 shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lucu lelaki itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Adoi, buat hal lah kau bang. Nampaklah effort struggle nak masuk dalam camera tu :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: