seismik

[VIDEO] Dato' Seri Vida Join Guna Filter PRU15 Di TikTok, Sekali Terkejut Tengok Calon

Ramai pula yang kata jodoh ya.

Cover image via @datoserividaofficial (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penangan bahang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kian terasa

Esok, 19 November 2022 bakal menjadi hari bersejarah buat negara kerana semua rakyat Malaysia yang layak akan menjalankan tanggungjawab untuk mengundi.

Pelbagai cara yang digunakan oleh parti-parti bertanding untuk meraih undi dan menang pada PRU15 kali ini.

Di laman TikTok pula, ada yang siap mencipta filter untuk memberitahu parti mana yang akan diundi oleh kita nanti. Tidak terkecuali, Dato' Seri Vida (DSV) turut bermain filter tersebut.

Lihat video penuh itu di bawah:

Semangat main filter sebab nak tahu undi siapa, sekali calon yang keluar pula bikin terkejut

Menerusi video yang dimuat naik oleh @datoserividaofficial, kelihatan DSV sedang bermain filter 'Nak Sokong Siapa?' di TikToknya.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila calon yang muncul di skrin telefonnya merupakan Mohamad bin Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Perkara itu membuatkan DSV terkejut dan dilihat tidak mahu menyokong Mat Sabu. "Halamak apa ni, tak nak tak nak!" katanya.

"Hahaha DSV Mat Sabu, jodoh tu hehe" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 1.8M views, 46.2K likes dan 2K comments di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pendapat masing-masing mengenai pilihan parti mana yang harus DSV undi.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Apa-apa pun, undi tetap rahsia! Semoga kita semua dapat buat keputusan yang betul :)

Follow SAYS Seismik dan dapatkan berita serta liputan politik tanah air terkini di sini sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: