seismik

"Dia Main Pintu" - Tengah Tunggu Isteri Pergi Toilet, Sekali Lelaki Ini Kena Kacau

Nak ajak main-main tu bang.

Cover image via @jrj_razi (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap orang pasti mempunyai pengalaman seram dan diganggu oleh makhluk halus bukan?

Ada yang pernah diganggu semasa di sekolah, tempat kerja, pusat beli-belah, dalam hutan, di hotel dan sebagainya.

Tidak dinafikan, memang seram sekiranya kita berada di situasi itu. Tetapi, ada juga yang berani kerana sudah lali melihat entiti.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman TikTok memaparkan seorang lelaki diganggu semasa menunggu isterinya pergi ke tandas telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Pintu tiba-tiba buka dan tutup sendiri, siap dengar bunyi menyeramkan

Menerusi perkongsian video daripada @jrj_razi, kelihatan lelaki itu sedang berada di dalam sebuah bangunan sambil menunggu isterinya yang pergi ke tandas.

Namun, apa yang menyeramkan adalah apabila pintu di depannya tiba-tiba terbuka dan tertutup berulang kali tanpa ada orang yang menolaknya.

Tetapi, lelaki itu tidak berasa takut dan sebaliknya menghalau 'benda' yang mengganggunya itu. Dia siap berkata "Oi, pergi pergi pergi! Menangis kat sini buat apa. Baling batu ni karang".

"Aku pulak risau wife dia kat toilet sengsorang tu" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 639.7K views, 56.5K likes dan 957 shares di TikTok, rata-rata netizen turut meluahkan pendapat masing-masing mengenainya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ish mambang pintu ni, suka kacau orang tau. Pergi main jauh-jauh :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik