seismik

Sanggup Sewa Bas Taja Tiket Balik Kampung, Inisiatif Hafiz Ini Raih Pujian Ramai

Bas akan bergerak dari KL menghala ke Pantai Timur.

Cover image via @hafizmahamad (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Raya menjelang tiba, sudah pasti ramai yang akan pulang ke kampung halaman setelah 2 tahun lamanya

Baru-baru ini, tular sebuah video di Instagram tentang seorang pengasas Ainaa Beauty, Hafiz Mahamad menaja tiket balik kampung kepada orang ramai telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Sewa 5 bas untuk taja orang ramai balik kampung

Menerusi video berkenaan, pengasas Ainaa Beauty itu sedang meninjau keadaan dan kemudahan bas di tempat parkir bas.

Hafiz Mahamad menaja tiket bas percuma kepada para pelajar dan orang ramai yang ingin pulag ke kampung. Dengan inisiatif ini, dia berharap supaya dapat meringankan beban kewangan mereka.

"Kos minyak dah berapa dan fikir-fikir, sampai kampung nanti tak boleh nak balik tangan kosong. Duit itu, duit ini. Banyak adik-adik yang tengah belajar pun.. Saya faham situasi awak."

Dia juga meminta netizen untuk kongsi posting itu kepada orang ramai yang memerlukan. Dia juga akan menambah bas lagi jika bas yang ditempahnya semua penuh.

Pengasas itu hanya minta satu perkara kepada orang ramai yang menaiki bas berkenaan

Hafiz Mahamad hanya meminta sesiapa yang menaiki bas itu dapat mendoakan kejayaan perniagaan Ainaa Beauty.

“Saya hanya nak minta tolong awak 1 je boleh? Tolong doakan perniagaan Ainaa Beauty maju. Ini semua “Kejayaan Demi Kebahagiaan” tulisnya. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 1.3M tontonan, 65K tanda suka dan 1K komen di Instagram

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji tindakan pengasas itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Instagram:

Cepat-cepat dapatkan tiket balik kampung kepada siapa yang menghala Pantai Timur!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: