seismik

“Saya Dah Maafkan Sugu & Ingin Teruskan Hidup Bersama Keluarga Seperti Biasa” - Pavithra

Pavithra juga mahu fokus kembali meneruskan rancangan masakan di YouTube.

Cover image via Berita Harian

Umum sedia maklum, suami kepada YouTuber masakan terkenal Pavithra yang telah ditahan reman polis baru-baru ini

Image via Berita Harian

Susulan daripada kejadian itu, Sugu didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini (24 Julai 2020) atas tuduhan memiliki senjata berbahaya (sebilah sabit) di tempat awam Selasa lalu.

Menurut laporan, lelaki berusia 29 tahun itu dibawa ke mahkamah pada jam 8.45 pagi tadi dengan tangan bergari dan dihadapkan di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Sugu hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim, Mohd Fauzi Mohd Nasir dan kemudian mengaku tidak bersalah.

Image via Kosmo!

Begitupun, Pavithra kelihatan tenang ketika ditanya pihak media berhubung kes pendakwaan terhadap suaminya

"Saya maafkan suami". Itu ungkapan ringkas diberikan oleh Pavithra berhubung konflik melibatkan dia dan suaminya yang agak mengejutkan masyarakat di seluruh negara sejak beberapa hari ini.

Pavithra berkata, dia tidak mahu lagi memikirkan masalah berlaku, sebaliknya mahu fokus kepada kehidupan mereka sekeluarga termasuk kembali meneruskan program masakan di YouTube.

"Apa yang terjadi semuanya berkaitan masalah keluarga dan saya sudah maafkan suami atas apa yang berlaku.

"Saya dan suami akan teruskan kehidupan seperti biasa dan kami akan kembali bersama meneruskan rancangan masakan di YouTube pada bila-bila masa sahaja," katanya.

Image via Asia One

Pavithra yang turut kelihatan sedih itu juga memohon kepada orang ramai untuk terus memberi sokongan terhadap program masakan kendalian mereka di saluran YouTube 'Sugu Pavithra

Image via Harian Metro

"Saya harap tiada yang salah faham dan saya sendiri pun tidak ambil hati atas apa juga komen diberikan netizen di media sosial. Teruslah beri sokongan kepada kami," katanya.

Tambah Pavithra, dia juga telah menjelaskan bayaran jaminan RM10,000 yang dikenakan ke atas suaminya.

Semoga isu Pavithra dan suaminya ini dapat dijadikan pengajaran buat kita semua.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: