"Saya Merajuk Dengan Dia" - Ditegur Ibu Di Khalayak Umum, Aliff Syukri Akui Terasa Hati
Alamak!
Semalam, buat pertama kalinya ibu kepada Datuk Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim meluahkan perasaan terhadap anaknya itu di Instagram
Rozita yang juga merupakan pengasas produk Sendayu Tinggi membuat video tersebut selepas Aliff mendedahkan teaser bagi lagu terbarunya yang dijangka bakal dilancarkan Jumaat ini.
Seakan sudah hilang sabar dengan perilaku anaknya itu, Rozita berkata hatinya sudah terlalu sakit dengan satu demi satu masalah yang dilakukan Aliff sebelum ini.
Sempat memohon maaf kepada anaknya, Rozita berkata setiap perbuatan yang dilakukan oleh Aliff sebenarnya turut terkait dengan dirinya apabila orang luar akan beranggapan bahawa dia tidak pandai dalam mendidik anak-anak.
“Buruk anak, orang tak cakap kau buruk, orang cakap aku. Orang cakap mak ni yang tak pandai jaga anak," katanya.
Terbaru, Aliff bagaimanapun tidak hanya mendiamkan malah tampil meluahkan perasaannya berhubung video yang dibuat ibunya itu
Memetik laporan Harian Metro, Aliff akui bahawa dirinya terasa hati dengan teguran tersebut dan menyifatkan ia sebagai tidak wajar untuk dilakukan.
Jutawan kosmetik itu berkata, dia turut berasa terkejut dan tertekan kerana teguran itu mampu membuatkan lebih ramai netizen menyalah tafsir tentang dirinya selepas ini.
"Diakui saya terkejut, sedih dan sedikit tertekan. Teguran bonda itu membuatkan semakin ramai yang salah tafsir. Malah, orang terus buat provokasi.
"Saya merajuk dengan dia. Sepatutnya dia kena berikan kata-kata semangat, bukan kecam. Walaupun saya anak dia, tapi sebagai manusia biasa yang ada hati ada perasaan, sudah tentu saya terasa," katanya.
Aliff bagaimanapun berkata dia masih belum menghubungi ibunya bagi menyelesaikan perkara tersebut.
"Ini bukan publisiti. Malah, saya tak perlukan publisiti pun. Saya belum lagi mesej atau jumpa dia. Apa pun, saya tetap sayang dia," katanya lagi.