"Saya Tak Tahu, Tiada Pengesahan Rasmi" - Tun Mahathir Tentang Perkahwinan Agong

Perkahwinan YDP Agong masih belum ada pengesahan rasmi.

Tun Mahathir berkata beliau tidak mempunyai sebarang pengesahan rasmi berhubung dakwaan YDP Agong Sultan Muhammad V telah berkahwin

Image via benarnews.org

"Saya tidak tahu, saya tidak mempunyai pengesahan rasmi jadi saya tidak boleh berkata apa-apa," jawabnya ringkas.

Perdana Menteri ditemui pemberita di lobi Parlimen selepas membuat kenyataan mengenai insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Putra Heights, di Dewan Rakyat hari ini.

Berita mengenai perkahwinan YDP Agong dengan seorang wanita Rusia telah viral di media sosial pada minggu lalu

Wanita tersebut dipercayai merupakan bekas ratu cantik Moscow yang dikenali sebagai Oksana Voevodina.

Majlis perkahwinan yang berkonsepkan gabungan tradisi Melayu dan Rusia itu telah diadakan di Dewan Barvikha di Moscow.

Oksana Voevodina

Image via mirror.co.uk

Terbaru, YDP Agong bersama Oksana dilapor telah terbang ke Jerman untuk menjalani rawatan kesuburan

Image via dailymail.co.uk

Memetik laporan Daily Mail UK, YDP Agong Sultan Muhammad V sangat serius tentang memulakan keluarga baru, kerana perkahwinan pertamanya yang berakhir dengan perceraian tidak menghasilkan sebarang zuriat.

Oksana, 25, yang memenangi Miss Moscow pada 2015, adalah 24 tahun lebih muda daripada sultan, yang nama penuhnya ialah Tengku Muhammad Faris Petra ibni Tengku Ismail Petra.

Laporan juga menyatakan bahawa Oksana telah pun memeluk agama Islam sejak 16 April 2018

Image via dailymail.co.uk

Beliau memilih nama Rihana Oxana Gorbatenko sebagai nama Muslimnya.

Tidak jelas sama ada beliau telah berkahwin sebelum ini kerana beliau hanya menggunakan nama keluarga Voevodina sepanjang kerjayanya - tetapi kini jelas beliau kembali kepada nama ayahnya Gorbatenko.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment