Gambar YDP Agong, Sultan Muhammad V Kahwini Wanita Rusia Tersebar Di Media Sosial
Wanita tersebut dipercayai merupakan bekas ratu cantik Moscow.
Cover image via Borneo TodaySemalam, 23 November, telah tersebar gambar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, yang dilaporkan telah berkahwin dengan seorang wanita dipercayai warganegara Rusia
Menurut laporan Sinar Harian, wanita tersebut dipercayai merupakan bekas ratu cantik Moscow yang dikenali sebagai Oksana Voevodina.
Image via Twitter @mfauzijasimin
Image via Twitter @mfauzijasimin
Seperti yang dilaporkan www.islamnews.ru, majlis perkahwinan yang berkonsepkan gabungan tradisi Melayu dan Rusia itu telah diadakan di Dewan Barvikha di Moscow.
Dalam majlis itu, Sultan Muhammad V mengenakan serba lengkap persalinan baju Melayu sementara wanita terbabit memakai sepersalinan gaun pengantin berwarna biru muda.
Dilaporkan, tetamu yang hadir dijamu dengan pelbagai hidangan istimewa tanpa minuman beralkohol.
Image via Google
Image via Twitter @mfauzijasimin
Sebelum ini pernah juga tersebar gambar seorang wanita yang dikatakan bakal menjadi permaisuri Kelantan
Image via Reddit Malaysia
Image via Reddit Malaysia
Sehingga kini, Istana Negara masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung majlis tersebut.
